Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Bahtera_kasih


Blog For Free!


Archives
Home
2007 September
2007 July
2006 August
2005 October
2005 August
2005 May
2005 April
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July

My Links
halamanku
embun pagi
pemata hati
Kak Wan
nuratie
teman
akhie
sab
pelangi pagi
krismann
Mujahidah
anjang
ian_suryani
Laman Muzakarah
Pelajari Hukum Tajwid

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images

Sponsored
Create a Blog!


Photobucket - Video and Image Hosting "Madu adalah penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit dalam hati,maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-quran."

"Lisan yang didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman akan menghasilkan mutiara-mutiara kata yang elok didengar dan memancarkan kebenaran."
Penawar Jiwa Zikirullah
08.30.04 (10:31 pm)   [edit]


 


Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.


Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.


Imam Ali bin Abi Talib berpesan: "Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta". Kemudian Ibnu Munkadir berkata: "Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah". Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.




6 Comments
 
Fadhilat Berzikir
08.22.04 (7:03 pm)   [edit]

 

Salam semua. Biasakanlah diri kita supaya mengamalkan zikirullah setiap selepas solat sekurang nya Zikir Munajat dan Selawat Nabi sekurangnya sepuluh kali sehari.

 

Fadhilat Berzikir

Hafiz ibnu Qaiyim R.A. adalah seorang ulama hadis yang termashur, di dalam
risalah Al-Wabil beliau menggariskan beberapa kelebihan berzikir antaranya:

* Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya

* Zikir menyebabkan Allah redha

* zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia

* zikir menggembirakan hati

* zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari

* zikir memurahkan rezeki

* zikir adalah sinaran hati dan muka

* zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan
kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar

* zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh
islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu
merupakan pintu cinta Ilahi.

* zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu
membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka
manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya

* Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan
sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan
dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.

* Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri)
kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia
bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir
maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.

* Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah

* Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat
merapatkan diri kepada Allah.

* Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat
kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah 151)
"Fazkuruunii azkurkum"
ertinya
"kerana itu ingatlah kamu kepadaku, nescaya Aku ingat pula kepada
mu".




3 Comments
 
A'QAIDUL IMAN
08.20.04 (3:41 pm)   [edit]

SUSUNAN A’QAIDUL IMAN 


Aqa’id berasal dari perkataan “Aqidah”. Aqidah bererti ikatan atau ‘Simpulan Aqa’idul Iman’ bererti Kesimpulan Iman.


Ada 68 Aqa’idul Iman. 50 Aqa’id terkandung didalam Kalimah Tauhid dan 18 Aqa’id terkandung didalam Kalimah Rasul. 


Kalimah Tauhid: La ilaha illalallah.


Kalimah Rasul: Muhammadarrasulullah. 

Susunan Aqa’idul Iman terbagi kepada dua bahagian iaitu:



  1. Sifat Istighnak (bererti Kaya) “ La ilaha”
  2. Sifat Iftiqar (bererti Berkehendak) “Ilallah”

 La ilaha (Sifat Sifat Istighnak) 28 Aqidah 


SIFAT SIFAT WAJIB SIFAT SIFAT MUSTAHIL 

1) Wujud 1) A’dam


2) Qidam 2) Hudus (baharu)


3) Baqa’ 3) Fana’ (Binasa)


4) Mukhalafatuhu lil hawadis(Bersalahan dari 4) Mumasalatu lil hawadis


barang yang baharu. (Bersamaan dengan barang baharu)


5) Qiamuhu binafsihi (Berdiri dengan sendirinya) 5) Qiamuhubighairi (Berdiri dengan kuasa lain)


6) Sama’ (Mendengar) 6) Assamamu( Pekak)


7) Basar (Melihat) 7) Akma (Buta)


8) Qalam (Berkata kata) 8) Abkam (Bisu)


9)Sami’un (Yang Mendengar) 9) Alasammu (Yang Pekak)


10) Basiran (Yang melihat) 10) Al akma(Yang Buta)


11) Mutakallimun (Yang Berkata kata) 11) Al Abkam (Yang Bisu) 


Kemudian masuk tiga perkara didalamnya 
Yang Wajib Yang Mustahil


1)Layajibu alaihi fi’lu syai’in minal mungkinati 1) Wajib atasNya membuat


Autarkuhu. (Tiada wajib atasNya(Allah) membuat sesuatu dari segala


Sesuatu daripada segala kejadian atau meninggalkannya. Kejadian atau wajib meninggalkannya.


2)La taksira lisyai’in minal kai’inati(Tiada memberi 2) Memberi bekas segala bekas bagi segala sesuatu daripada kejadian kejadian sesuatu dan pada kejadian.


3)Tanaz-zahahu anil ekradhi fi afalihi wa ahka mihi 3) Mengambil faedah Allah (Tiada mengambil faedah Allah Taala itu pada segala  pada perbuatan perbuatan dan hukumNya.  


                Ilallah( Sifat Sifat Iftiqar) 
Sifat Sifat Iftiqar mengandungi 22 Aqidah 
9 Sifat Yang Wajid 9 Sifat Yang Mustahil  

1) Qudrat 1)Ajzun (Lemah)


2) Iradat 2) Karahatun (Benci)


3) Ilmu 3) Jahilun (Bodoh)


4) Hayat 4) Mautun (mati)


5) Qadirun 5) Ajizun (Yang Lemah)


6) Muridun 6) Karihun (Yang Benci)


7) Alimun 7) Jahilun (Yang Bodoh)


8) Haiyun 8) Mayyitun (Yang Mati)


9) Wahdaniah 9) Ta’adud (Yang Berbilang bilang) 


Kemudian masuk 2 perkara dengan lawannya. 


Wajib. Mustahil


1)Hudusul alami biasrihi(Baharu alam 1) Qadim alam dengan isi isinya dengan segala isi isinya. (Sedia) 


2)La taksira lisyai’in ka’inati bitabihi. 2) Memberi bekas segala kaitan (Tiada memberi bekas bagi segala dengan tabiatnya.)


        SUSUNAN AQA’IDUL IMAN  DIDALAM  KALIMAH RASUL( MUHAMMADARRASULULLAH) 

4 Sifat Yang Wajib 4 Sifat Yang Mustahil 

1) Siddiq (Benar) 1) Kizib (Pendusta)


2) Amanah (Dipercaya’I) 2) Khianat


3) Tabligh (Menyampaikan) 3) Kitman ( Menyembunyikan)


4) Fathanah ( Bijaksana) 4) Baladah ( Bodoh) 


Satu sifat Yang Harus Bagi Rasul 


Rasul rasul itu adalah bersifat dan berperangai manusia biasa yang tiada membawa kepada kekurangan darjatnya sebagai Rasul. 


Lawanya: Tiada harus Rasul rasul itu berperangai manusia biasa. 


Kemudian masuk 4 Perkara dari Rukun Iman yang Enam.


1) Wajib beriman kepada adanya malaikat malaikat 1) Lawannya tiada wajib beriman kepada malaikat malaikat. 


2) Wajib beriman kepada kitab kitab Allah.2) Lawannya tiada wajib beriman kepada kitab kitab Allah. 


3) Wajib beriman kepada adanya Hari Kiamat. 3) Lawanya tiada wajib beriman adanya Hari Kiamat. 


4) Wajib beriman kepada Qada’ dan Qadar. 4) Lawanya tiada wajib beriman kepada Qada’ dan Qadar. 



3 Comments
 
Mengulang Kaji
08.19.04 (9:24 pm)   [edit]

RUKUN SHAHADAT EMPAT PERKARA


 


1. Mengisbatkan Zatullah


2. Mengisbatkan Sifatullah


3. Mengisbatkan Af'al Allah.


4. Menetapkan kebenaran Rasulullah


 


 


SYARAT SAH SHAHADAT EMPAT PERKARA


 


1. Di Ketahui


2. Di Ikrarkan


3. Di Tasdikkan


4. Di Amalkan


 


 


FARDHU SHAHADAT DUA PERKARA.


 


1. Ikrar dengan lidah


2. Tasdiq dengan hati


 


 


BINASA SHAHADAT EMPAT PERKARA.


 


1. Menduakan Allah.


2. Syak dalam hatinya.


3. Menyangkal dirinya dijadikan oleh Allah.


4. Tiada mengisbatkan Zatullah.


 


APAKAH YANG DISEBUTKAN SHAHADAT ITU


 


Yaitu Iman MUNJAMAL dan Iman MUNFASAL


 


Maana Iman Munjamal itu Berhimpun.


Apakah yang hendak dihimpunkan itu? Ya itu barang yang didapati didalam Iman Munfasal.


 


Iman Munfasal itu ada 6 Perkara.



  1. Percayakan Allah
  2. Percayakan Malaikat
  3. Percayakan Rasul Rasul
  4. Percayakan Kitab Kitab Allah
  5. Percayakan Hari Kiamat
  6. Percayakan Qadha' dan Qadar Allah

PERCAYAKAN ALLAH


Kata Ulama' Muhaqqiq "Barang siapa tahu nama Allah saja dengan tiada dengan makna. maka sesungguhnya jadi Kafir. Yakni barang siapa tahu Allah sahaja dengan tiada kenal akan yang ampunya nama yaitu Zat, maka menjadilah ia sesat melarat dan buta didunia dan akhirat."


Dan katanya lagi Barang siapa menyembah makna sahaja dengan tiada Nama sesungguhnya jadilah ia munafik. Ini bermaksud orang yang sudah sampai pada Ilmu Hakikat yang telah tahu maksud yang ada pada kalimah, tetapi tiada kezahiran, yaitu melakukan perintah Shariat(amanat hukum shara')adalah dihukumkan munafik.


Katanya lagi " Barang siapa mengenal 'nama',  yaitu Allah dan dikenal pula Siampunya nama dan Ampunya nama tidaklah lain daripada 'nama', maka dikenalnya Zat Allah semata mata, mereka inilah sebenar benar 'mukmin' lagi haq bagi Allah.


PERCAYAKAN MALAIKAT.


Manakah itu malaikat? Kalaulah malaikat itu difahamkan sebagai mempunya'i  kuasa pada memberikan wahyu, rezki dan lain lain, sudah nyata melemahkan kuasa Allah Taala.


Saolah olah Allah Taala hendak perlu kepada bantuan malaikat untuk menjalankan urusanNya, maka oleh yang demikian hendaklah kita fahamkan maksud pengertian perkataan  malaikat itu sendiri.


Malaikat berasal dari cahaya yang satu yaitu Nur Muhammad s.a.w. Malaikat dijadikan di alam Jabarut, maka dari sanalah bercabang kepada sepuluh dan seterus kejadiannya sehingga tidak terkira ramainya. Walau mereka tidak terhingga ramainya, tetapi penghulu mereka tetap sepuluh yang mashur itu.


Apakah yang dimaksudkan Malaikat.


'Mim' - Makhluk


'Lam' - Sifat yang ada pada wujud makhluk


'Hamzah' - Bahawa sifat yang ada pada makluk itu untuk menyatakan Sifat bagi Zat.


Dan barang siapa dapat mengenal sifat itu sifat bagi ZAT itulah 'Kaf' iaitu kurnia daripada Allah.


'Ha' - Nyatalah perbuatan makhluk itulah perbuatan bagi Zat.


Itulah yang dikatakan Malaikat Allah. Nyatalah Allah yang Maha Kuasa dan Malaikat tiada kuasa.


Malaikat itu dijadikan oleh Allah daripada jisim yang halus(latif), tiada ibu dan bapa, bukan lelaki dan bukan perempuan. Tidak perlu pada makan minum, kerana ia adalah Nur Zat.


Percayakan Rasul.


Allah Taala telah mengutus beberapa Rasul Rasul, khususnya Nabi Muhammad s.a.w. kepada manusia kerana untuk memberi "Rahmat" sekelian Alam. Firman Allah: " Wama arsalnaka illa rahmatan lil alamin"


Rasul bertugas untuk menyampaikan Sifat bagi Nabi yaitu :



  1. Siddiq
  2. Tabligh
  3. Amanah
  4. Fatanah
  5. Sabit pada Hadith: "Alladzi khalaqa min zatihi waminhu jami hal assyia'u" Daripada Nur inilah dijadikan Allah Taala segala assyia' yaitu segala yang kena jadi yaitu sekelian alam berterusan dijadikanNya hingga selama lamanya tiada siapa yang tahu melainkan Allah jua.

Percayakan Kitab.


Wajiblah kita percayakan Kitab Kitab yang diturunkan kepada Nabi Nabi yang dahulu seperti Kitab Taurat, Zabur, Injil dan khususnya Al Quran.


Mengapakah kita mengatakan Al Quran itu Kalam Kadim, sedangkan Al Quran itu berhuruf dan nyata dipandang dan ia adalah bersifat Kalam. Itulah sebabnya sesaorang yang beramal semata mata dengan ayat ayat didalam Quran itu dikatakan Gila Isim  kerana yakin yang itu adalah Kalam Allah. Bagi ahli Tahqiq, kalam adalah berupa Sifat. Sifat tidak ada kuasa melainkan orang yang telah mengenal bahawa Sifat itu ialah Sifat bagi Zat. Maka itulah dikatakan bahawa Kalam Allah itu turun dengan Tiada Suara, tiada huruf, tiada baris, tetapi yang menggubah gubah adalah Sifat sifat yaitu Sifat Hidup, Ilmu, Qudrat, Iradat, Sama', Basar dan Kalam yang ada pada sekelian Insan. Sifat sifat inilah yang menjadi huruf, baris dan segala titik titik.




3 Comments
 
selingan saja
08.18.04 (11:23 pm)   [edit]



3 Comments
 
Rahsia didalam sholat
08.14.04 (6:49 am)   [edit]
Rahsia Sembahyang 

 

Ketahui olehmu yang dikehendakki dengan kata menghadhirkan Zat Sembahyang itu. Iaitu lah Niat. manakala Niat itu adalah bekas Nur Sir Kalam Allah yang tiada berhuruf dan bersuara ya'ni rahsia qalam qadimNya. Yang demikian itulah dibilangkan berkata kata kita dengannya.

 

 

Maka hendaklah kamu ketahui sesungguhnya tatkala mengangkat Takbiratul Ikhram itu hal keadaannya mati sebagaimana sabda Nabi s.a.w. pada mengisyaratkan  dengan katanya:

"Mutu Qabla Anta Mutu" Matikanlah diri kamu sebelum kamu mati. Maka adalah maksudnya itu fana'kan dirimu yang kasar, fana'kan panca inderamu yang bangsa zahir. Maka tatkala itu disuruh tilik atau pandang dirimu yang halus atau batin dengan menggunakan panca indera yang batin, kerana adalah yang batin itu berpakaian dengan Sifat Maani, manakala Sifat Maani itu adalah sifat yang lazim atau tetap bagi Zat Allah yang Wajibal wujud lagi Baqa'. Maka jika telah tetaplah bahawa Sifat Maani itu adalah Sifat Zat Allah wajiblah baginya dihukumkan Maanawiyah.

 

 

Maka untuk mendapatkan kata putus atau putus bicara mengena'i ta'arif pada Sifat Maani dan Maanawiyah perlu dibicarakan dengan teliti dan halus, bagi memahami Sifat Maani dan Maanawiyah.

 

 

Adapun dikatakan dalam pembicaraan taarif Sifat Maani itu demikian:-

"Hiya kullu sifatin maujudatin qa'inatin bimaujudin aujabat lahu hukman."

Tiap tiap sifat yang sedia ada yang berdiri dengan Zat Yang Sedia Ada diwajibkan yakni ditetapkan baginya satu hukum. Maka dalam perkara ini Sifat Maani itu wajib dihukumkan Maanawiyah.

 

 

Manakala hakikat Sifat Maani itu adalah "La hiya huwa hiya ghairuhu" Sifat itu bukan Zat, tetapi tiada lain dari Zat.(Kelakuan Sifat ini tidak berdiri dengan sendirinya tetapi lazim dia berdiri dengan Zat sebab antara zat dan sifat tidak boleh berpisah).

 

 

Adalah taarif Sifat Maanawiyah pula dikatakan:- "Hiyyal khaluth thabitu lizzati mada matizzatu mu'allalatin bi illatin" Hal yang sabit yakni tetap bagi Zat selama kekal Zat itu dikeranakan dengan satu kerana yakni Sifat Maani. Maka hakikat Sifat Maanawiyah itu " La hiya ghairuhu" Tiada lain dari Zat. Yang demikian nyatalah atau jelaslah sudah bahawa yang dihukum Maanawiyah itu adalah Sifat Maani atau Sifat Maani itulah Sifat Maanawiyah.

 

 

Maka hendaklah kamu ketahui dengan sempurna pengetahuan penegenalan bahawasanya Hakikat dirimu yang batin itu dipakaikan dengan rahsia Sifat MaaniNya. Rahsia Sifat Maani itulah Ruh Latifurrabaniah yang jadi hakikat bagi dirimu yang sebenar benar diri. Manakala adalah hakikat diri yang sebenar diri itu sebagai dzil yakni bayang bayang bagi kelakuan atau Sifat wujud Zat Allah yang mutlaq lagi tiada seumpama dengan sesuatu.

 

 

Maka ketahuilah bahawa tatkala mengangkat Takbiratul Ikhram itu dengan berkata Allahu Akbar kamu berada didalam Maqam Tauhid. Yang mana dituntut atas kita mentauhidkan akan ZatNya, SifatNya, Asma'Nya dan Af'alNya. Oleh kerana itulah bahawa tempat atau Maqam Tauhid kepada Allah itu didalam Takbiratul Ikhram pada lima waktu Solat Fardhu.

 

 

Maka untuk mendapatkan jalan Tauhid yang sebenar benarnya itu hendaklah kita ketahui dengan sempurna pengetahuan didalam bicara berkenaan Nafi dan Isbat. Oleh kerana didalam Nafi dan Isbat itulah duduknya Tauhid dan Ma'rifat.

 

 

Hakikat Nafi Yang sebenar.

Adapun sebenar benar hakikat Nafi itu Isbat dan hakikat Isbat itu Tauhid, manakala hakikat Tauhid itu Ma'rifat. Oleh kerana itulah sabda Nabi s.a.w. " La yufarriqu bainan nafi wal ithbat, man faraqa bainahuma fahuwa kafirun" Tiada becerai diantara Nafi dan Isbat, barang siapa memisahkan maka kafirlah dia. Oleh kerana hal keadaan Nafi mengandung Isbat dan Isbat mengandung Nafi, yang demikian bererti bilamana kamu Nafikan sesuatu yang mustahil bagi Allah, maka tak dapat tidak yang kamu Isbatkan itu sesuatu yang mustahil bagi Allah. AWAS. Bilamana kamu nafikan sesuatu yang haq bagi Allah maka tak dapat tidak yang kamu Isbat pun haq bagi Allah jua tiada lain. Maka faham daripada kata kata ini bahawa tidak syak lagi bilamana kamu Nafikan Zat kamu maka yang diisbatkan Zat Allah, Nafikan sifat kamu, diisbatkan Sifat Allah, Nafikan A'fal kamu diisbatkan A'fal Allah, Nafikan asma' kamu, diisbatkan Asma' Allah. Demikianlah adanya Hakikat Nafi/Isbat yang dikehendakki dibawa didalam sembahyang.



4 Comments
 
kesucian Abadi
08.13.04 (4:36 am)   [edit]

 Kesucian zahir serta kesucian hati adalah criteria yang penting untuk supaya ibadat kita diterima Allah. JIka tidak suci antara satu ini atau kedua duanya sekali maka ibadat kita akan ditolak oleh Allah s.w.t. Berkenaan kesucian zahir saperti suci dari najis besar dan najis kecil telah umum kita ketahui cara cara untuk menyucikannya.


Bagaimana tentang mensucikan hati kita dari segala sifat mazmumah. Jika ada satu atom saja sifat mazmumah maka akan tertolaklah semua ibadat kita ibaratkan abu ditiup angin. Jadi perkara pembersihan hati ini adalah yang sangat penting dalam kita beribadat kepada Allah. JIka hati tidak suci maka jiwa pun akan lalai kepada Allah. KIta tidak akan mendapatkan kenikmatan beribadat dan tidak akan mendapatkan khusuk serta ikhlas.


Bagaimana kita mahu tahu bahawa hati kita sudah suci atau tidak? Jawabnya ialah jika hati sudah bersih, kita dapat merasakan kenikmatan semasa beribadat. Diringan diri kita untuk melakukan ibadat ibadat sunat seberapa mampu dengan tidak merasa bosan serta senantiasa dalam mengingat kepada Allah. Lahir dari dirinya sifat sifat wara' saperti pemurah, adil, penyayang, sabar, berani, berkata yang baik baik dan ketabahan hati yang kuat dalam menangkis segala urusan dunia.

 

Ibaratkan dirinya diberi cahaya oleh Allah untuk melihat dan mengetahui perkara perkara yang tersembunyi dan detail dalam menghadapi sikap manusia sehari hari.

Apakah cara untuk mensucikan diri batin atau hati lafifurrabaniah ini? Jawabnya tidak ada lain cara melainkan menceburkan diri dalam pengajian tawasaawuf dan menyertakan diri dalam perjalanan tarikat. Tarikat yang ingin diceburi mestilah ada tali perhubungan silsilah hingga ke kepada Nabi s.a.w. dan bukan tarikat sembarangan yang menyeleweng dan tidak ada perhubungan silsilah hingga kepada Nabi s.a.w. dan mengambil baiat ijazah sebelum mengamalkannya. Setiap ilmu yang kita belajar wajib ada rantaian perhubungan hingga sampai kepada Nabi s.a.w.

Guru ini belajar kepada gurunya dan gurunya belajar kepada gurunya hinggalah sampai kepada Nabi s.a.w. Jika kita tidak berguru maka Syaitan lah guru kita dan tidak ada sesiapa yang akan bertanggung jawab dihadapan Allah nanti keatas ilmu yang kita amalkan ini. Tali rantaian antara guru guru inilah yang akhirnya akan sampai kepada junjungan kita  iaitu Nabi s.a.w. Dan hanya dengan cara begini barulah kita dapat terlepas dari ilmu ilmu yang tidak diajar oleh Nabi s.a.w. dan menyeleweng. Ingatlah setiap amal yang kita amalkan mestilah ada guru yang mengajar kepada kita dan akan bertanggung jawab dihari Yaumul Kiamat nanti.



0 Comments
 
Tazkirah
08.10.04 (11:47 pm)   [edit]
 Terasa hiba dan kasehan melihat hamba hamba Tuhan yang bingung dalam kehidupan. Tidak dicampakkan sedikit cahaya untuk menerangi jalan. Wujud sebagai bangkai buangan. Tiada nilai disisi Tuhan. Tiada habuan di "HARI KEMERIAHAN". Apa yang hendak dikatakan. Sungguh kabur memaham kebenaran. Itulah kepastian.
 

Dan (ingatkanlah mereka) hari yang akan dibawa orang-orang kafir ke neraka (dan dikata), ‘Kami telah habiskan bahagian kamu yang baik di dalam penghidupan dunia. Dan kamu telah bersuka-sukaan dengannya. Maka pada hari ini kamu akan dibalas dengan azab yang keji lantaran kamu pernah berlaku sombong di dunia secara tidak benar dan lantaran kamu telah melewati batas”. (Surah Ahqaaf, ayat 20).

Nabi s.a.w bersabda, “Setiap amal bergantung pada niat. Niat dan tujuan orang beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya. Niat orang yang tidak beriman lebih buruk daripada apa yang nyata dengan amalannya”. Niat adalah asas amalan. Nabi s.a.w, “Adalah baik membena kerja kebajikan di atas tapak yang baik, dan dosa adalah perbuatan yang dibina di atas tapak yang jahat”.
“Barangsiapa hendak ke taman akhirat Kami tambah untuknya pada ke tamannya, dan barangsiapa mahu ke taman dunia Kami akan beri kepadanya sebahagian daripadanya, tetapi tidak ada baginya bahagian akhirat”. (Surah Syura, ayat 20).

Cara terbaik ialah mencari guru kerohanian yang akan membawa hati kamu hidup. Ini akan menyelamatkan kamu di akhirat. Ini adalah penting; ia mesti dilakukan segera ketika masih hidup. Dunia ini kebun akhirat. Orang yang tidak menanam di sini tidak boleh menuai di sana. Jadi, bercucuk tanamlah di dalam dunia ini dengan benih yang diperlukan untuk kesejahteraan hidup di sini dan juga di akhirat.



1 Comments
 
Yang Mana satu
08.10.04 (2:57 am)   [edit]

 Salam semua. Sesaorang yang inginkan kesenangan dunia atau akhirat adalah cukup senang. Kalau hendakkan kesenangan dunia kenalah berusaha dan mencari jalannya dan untuk mendapatkan kesenangan akhirat juga kenalah berusaha dan mencari jalannya. Kalau hati sudah terbuka niat untuk mencari keredhaan Allah maka Allah sendiri yang akan tunjukkan jalannya. Dekatkanlah diri kepada Allah selalu didalam kesunyian malam bersamaNYA serta senantiasa menagihkan petunjuk dariNYA. Firman Allah: Al Baqarah.5


Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


Kalau didunia untuk mendapatkan pangkat yang tinggi dan gaji yang lumayan kena ada kelulusan dan kelayakkan yang cukup dan kena berkurban masa siang dan malam untuk belajar. Maka samalah diakhirat kenalah kita mempunyai kelulusan dan kelayakkan yang tinggi untuk mendudukki tempat yang baik dan memerlukan banyak pengurbanan.

 

Kalau didunia tidak cukup dengan certificate kindergarten atau primary school saja untuk mendapat kerja, maka samalah untuk mendapat kan kedudukkan akhirat tidaklah cukup dengan tahu sembahyang dan membaca Quran serta hukum halal dan haram saja. Kenalah berusaha untuk mencari dan mempunya'i ilmu yang cukup dan pengurbanan yang banyak untuk mendapatkan kedudukkan dan pangkat yang tinggi disisi Allah. Kenalah ada kehendak untuk membongkar rahasia ugama sedalam dalamnya serta berdoa kepadaNYA agar terpimpin hati kita yang senantiasa dilalaikan dengan hal dunia sedangkan jarak antara kita dengan akhirat sudah terlampau dekat. Amal ibadat yang kita lakukan ini belum tahu diterima oleh Allah.

Tentu ada jalan dan caranya agar amal ibadat kita diterima Allah. Tidak lah asal boleh saja. Seperti apa yang pernah disyarahkan oleh banyak ulamak bahawa sebelum amal ibadat kita diterima Allah, tentukanlah kesucian zahir dan batin kita. Kalau membersihkan zahir ada jalan dan caranya, begitu juga ada jalan dan cara untuk membersihkan batin juga. Jika hukum syarak menentukan betulnya syariat kita, hukum batin juga menentukan kebenaran keimanan dan keikhlasan ibadat kita.

Tidak ada orang yang inginkan agar amal ibadatnya dihumban Allah kedalam Neraka bersama nya.Tentu semuanya menginginkan agar amal ibadatnya diterima Allah dan mendapat balasan syurga. Kalau demikian yang kita harapkan, maka kenalah kita senantiasa menjadikan issue ini priority utama dalam kita beramal untuk akhirat. Saperti apa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. bahawa Allah ada menjanjikan kedukkan yang tinggi dan maqam yang terpuji untuk umat Muhammad sekelian. Hidup didunia adalah sebagai sample bagi hidup akhirat. Kehidupan dunia hanya sekejap saja manakala hidup akhirat kekal abadi. Jadi kenalah gunakan kewarasan kita untuk merebut peluang yang ada selagi ada sedikit kesempatan.

 Jangan sampai nikmat yang ada ini ditarik balik baru kita hendak sedar. Itu sudah terlambat. Jangan tunggu sampai sudah sakit terlantar dan tidak dapat membuat apa apa lagi, atau wang dan harta sudah habis dan akal yang waras sudah menjadi buntu baru mahu ingat mati. Pada masa itu sedikit was was yang timbul dalam hati kita sudah cukup untuk menjadikan kita mati murtad. Naudzubillah. Jangan ingat Allah akan mempedulikan kita, sedangkan kita tidak mempedulikan perintah Allah selama ini walaupun kurnian yang bertimbun telah kita nikmati.

Ingatlah bahawa Allah telah menjadikan kita supaya kita beribadat kepadaNYA atau mengikut segala perintahNYA.

Dalam kita melakukan ibadat kepadanya criteria yang menilaikan ibadat kita tertakluk kepada tingkatan Islam, Iman dan Ihsan masing masing. Tidak kurang yang mengaku Islam tetapi Islamnya Islam pilih pilih. Ada yang dipakai suruhan Islam dan ada yang ditolak tepi. Imannya pun sama jugak. Ada yang dipakai atau percaya, dan ada yang ditolak tepi. Sikap seperti ini sudah dilakukan oleh orang Kristian dulu. Mereka pilih pilih yang mana sesuai dengan hawa nafsu mereka dan membuang dari kitab Injil apa yang mereka tak suka. Kalau sifat Ihsan itu jauh sekali.

Senang atau susahnya kita menjadi orang Islam terpulang kepada diri masing masing. Adakah kita mengambil ugama Islam keseluruhannya atau pilih pilih saja, maaf cakap, kita tahu sendiri dan Allah amat halus, cermat dan teliti dalam menilai amal perbuatan kita semua dan tidak ada sesiapa pun yang terlepas atau dirugikan oleh Allah. Dari itu sedarlah bahawa setiap nikmat kurnia'an Allah kepada kita akan di soal balik.

 


 

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! 

 

 Nikmat mata apa yang kita gunakan untuknya, nikmat kaki, nikmat tangan, niknat akal, nikmat rezeki, dan yang utama sekali nikmat masa, apa yang kita telah gunakan dengan kurnian masa kepada kita. Jikalau perkara nikmat ini di soal balik oleh Allah, apalagi perkara maksiat yang bertimbun timbun. Ingatlah kedatangan hari mati kita senantiasa kerana segala harta yang kita kumpul dan megah megahkan sekarang semuanya akan hancur binasa dan akan kita tinggalkan dan tidak sedikitpun berguna apa apa untuk menjamin keselamatan kita di akhirat kelak. Bijak bijaklah memikirkan hal ini. Ini adalah perkara mustahak.



0 Comments
 
Hati Dan Roh
08.06.04 (5:03 pm)   [edit]
Ulasan Atau Keterangan Mengenai Hati Dan Niat

 Ketahui olehmu adalah hati itu terbahagi pada 2 bahagian:                        

1. Dinamakan hati sanubari

2. Dinamakan hati nurani


Adapun hati sanubari itu hal keadaannya zulmah ertinya gelap tiada menerima sinaran nur atau cahaya ma'rifat, oleh kerana hati sanubari itu tempat dinaungi oleh Syaitan ditakluk dengan nafsu amarah yang sekeji keji dan seburuk buruk nafsu. Ianya termasuk didalam satu dari anggota tubuh badan yang kasar ini yang terletak disebelah kiri didalam dada. Hati sanubari adalah segumpal daging yang berbentuk bulat mamanjang dan mempunya'i tugas tugas tertentu yang didalamnya berongga dan ada terkandung darah hitam.

Hati inilah yang disabdakan oleh Nabi:

'Inni fi jasadabni adama mudghatan, fa'iza salakhat, jasadu kulluhu. wa iza fasadat, fasadal jasadu kulluhu, ala wahiyal qalbu.'

 

Sesunggunya didalam tubuh anak Adam ada segumpal daging, maka apabila baik daging itu baiklah seluruh anggota badannya, dan manakala rosak daging itu binasalah seluruh tubuh badannya, ialah hati sanubari dan hati sanubari ini tidak lain melainkan jantung. Maka adalah jantung ini sesuatu yang amat penting bagi kehidupan tubuh badan. Ianya diperolehi pada manusia dan haiwan. Adapun kejadiannya dicipta dari alam nyata atau disebut alam syahadah.


2. Adapun hati yang kedua dinama'i hati nurani. Hati inilah yang dapat menerima sinaran nur ma'rifat dari Tuhan, bahkan ialah yang menerima tajalli Tuhan, menanggung amanah dan rahsia Tuhannya, berpakaian dengan tujuh Sifat Maani. Ianya merupakan haqiqat Insan dan bersifat Ketuhanan. Hati Nurani ini bukanlah kejadian yang dijadikan dari alam nyata, bahkan dicipta ia dari unsur unsur alam ghaib. Oleh kerana itu Hati Nurani ini tiada boleh dilihat dengan mata kasar. Maka hati inilah yang di tuntut hadhir dalam sembahyang, menghadap Tuhannya, memuji dan bermohon kepada Tuhan. Hati Nurani inilah yang disebut Ruh Latifurabbaniyah. atau Hakikat Insan atau juga disebut diri sebenar diri. Oleh kerana ianya merupakan hakikat insan maka dinama'i pula dengan sebutan Insan Hakiki. Dialah semulia mulia dan setinggi tinggi kejadian dan sebaik baik makhluk sebagaimana Firman Allah: "Laqad khalaknal insana akhsani taqwim" Demi sebaik baik kejadian yang Kami jadikan ialah Insan.


Insan hakiki inilah yang di isyarat oleh Allah dengan firmanNya didalam Hadith Qudsi:

"Al Insanu Sirri Wa ANA sirruhu" Adalah Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya.

Demikian dengan terang dan tegas sekali dinyatakan oleh Allah. Dengan itu jua bererti ianya menjadi dalil yang nyata bagi wujud Allah, suatu dalil yang paling hampir kepada Allah, dengan dialah dijadikan sebagai jalan yang paling dekat untuk mencapai ma'rifat kepada Allah sebagaimana diisyaratkan oleh Nabi s.a.w. dengan sabdanya yang begitu jelas dan tegas: "Man arafa nafsahu, fakad arafa rabbahu" Barang siapa  mengenal akan dirinya dengan sebenar benar pengenalan, maka telah ia akan Tuhannya.

 

Didalam Hadith Qudsi pula Allah berfirman:

"Man talaballahu bighairi nafsihi fakad dalla dalalan ba'idan". Barang siapa menuntut ma'rifat akan Allah dengan barang yang lain dari dirinya sendiri maka telah sesat ia dengan  kesesatan yang amat jauh.


FirmanNya lagi dalam Hadith Qudsi:

"Man wasafallahu bisyai in min khalqihi fajad kafar, waman angkara ma wasafallahu bihi binafsidi fakad kafar."

Barang siapa mensifatkan Allah dengan sesuatu daripada barang yang dijadikan Allah, maka telah kafirlah ia dan barang siapa yang ingkar pada yang telah disifatkan Allah dengannya dengan Zatnya maka telah kufurlah ia.

Ketahui olehmu adalah Hati Nurani atau alam Ruh Latifurr Rabbaniah itu alam latif dan tiada padanya rupa dan warna yang dapat dilihat dengan mata kasar. Tuhan telah menjadikannya terdahulu dari kejadian jasad dua ribu tahun lamanya.

Adapun pada istilah Tahqiq bahawa adalah Ruh itu beberapa namanya,

1.   Ruhul Quddus

2.   Ruh Idhafi

3.   Ruhani

4.   Ruhul Hayat

5.   Ruhul Amar

6.   Ruh Jamadi

7.   Ruh Nabati

8.   Ruh Haiwani

9.   Ruh Insani

10. Ruh Kamalat

11. Ruhul Ajsad


Adapun yang bernama Ruh Nabati ialah tatkala darah yang setitik maka pada alam kabir iaitu segala tumbuh tumbuhan.


Ruh Jamadi itu tatkala daging yang seketul atau segumpal.Maka pada Alam Kabir ialah segala batu batu dan kayu kayan.


Ruhani iaitu tatkala sudah dimasukkan nyawa padanya.


Ruh Haiwani iaitu tatkala berhajat kepada makan dan minum dan jimak, maka pada alam kabir ialah segala binatang.


Ruh Insan iaitu tatkala sudah zahir dari perut ibu.


Ruh Kamalat iaitu tatkala bersuara menangis pada pertama pertama jadi.


               Roh Dan Nafas

Maka adalah perbezaan roh dan nafas itu adalah roh itu batin dan nafas itu zahir. Maka nafas itu adalah kezahiran roh atau kenyataannya yang juga disebut kelakuan atau sifatnya.

Yang demikian tertib Allah s.w.t. yang amat halus pekerjaanNya lagi bijaksana, dengan IradatNya menggerakkan Ruhul Amar dan Ruhul Amar menggerakkan Ruhul Hayat dan Ruhul Hayat menggerakkan Nafas dan Nafas pula menggerakkan Jasad. Maka zahirlah kelakuannya pada Jasad.


18 Comments
 
TAZKIRAH
08.05.04 (8:35 pm)   [edit]
Mensucikan hati 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: " Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kamu dan
amalan kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan niat kamu"
Oleh itu, hendaklah anda membenarkan ucapan anda dengan amalan,
dan membenarkan amalan anda dengan niat serta ikhlas dan
membenarkan niat dan ikhlas pula dengan membersihkan batin dan
meluruskan hati, kerana hati itu adalah asal dan punca segala perkara.
Hendaklah anda berhati-hati dengan sungguh sungguh, mudah
mudahan Allah merahmati anda, agar Allah menemui Allah Ta'ala kelak dalam keadaan hati yang bersih dari syirik dan nifaq, suci dari bid'ah dan akhlak yang terkeji, seperti menyombong diri dan riya" seperti hasad dan tipu daya terhadap kaum Muslimin, dan seumpamanya. Mintalah pertolongan dari Allah Ta'ala dan bersabar, berusaha dan mengambil berat terhadap perkara perkara ini.


Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

" Sesungguhnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya dengan berdosa,pastilah ia akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam, disitu ia tidak mati dan tidak hidup"
( Thaha:74)
Jika anda melakukan maksiat, hendaklah anda segera kembali kepada Allah Taala dengan bertaubat kepadaNya dari dosa itu sebelum terlambat. Kelak jika anda mati, anda akan menemui  Tuhanmu dalam keadaan kotor dan celaka.Jangan harap anda akan terselamat, jika anda tidak segera bertaubat dari maksiat itu, malah anda pasti akan menerima balasan azabNya.Sebab orang yang menderhaka dirinya sentiasa terdedah kepada azab Tuhan pada bila-bila masa saja.

Firman Allah Ta'ala yang berikutnya bermaksud:
"Apakah orang yang merencanakan sesuatu yang buruk boleh merasa aman, bahawa Allah(tidak) akan menjadikan bumi menelan mereka, ataupun menurunkan azab ke atas diri mereka, sedang mereka tiada sedar. Ataupun Tuhan akan menyiksa mereka ketika mereka dalam perjalanan, sedang mereka tidak dapat menolak. Ataupun Dia akan menyiksa mereka dengan beransur-ansur, kerana sesungguhnya Tuhanmu Maha Penyantun Penyayang"
(An-Nahl:45-47)


Bahaya menangguhkan ketaatan.

Hendaklah anda sentiasa menyegerakan amal taat, dan jangan sekali-kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana dalam menangguh-nangguh amal taat itu mengandungi bahaya. Setiap manusia terdedah oleh berbagai-bagai bencana dan pekerjaan yang tidak ada akhirnya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


 " Rebutlah peluang lima sebelum lima: Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa papa. Dan masa hidup sebelum tiba masa mati."


0 Comments
 
PETUA - PETUA
08.05.04 (8:27 pm)   [edit]
PETUA - PETUA.
Awet Muda.
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf. Kalau boleh amalkan Surah Yusuf selepas solat Subuh.Jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain.

Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri.Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar.Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda.Selamat mencuba petua ini.

: Melicinkan muka.
Gunakan Putih telur sahaja, campurkan dengan Limau Nipis dan Susu Cair / Manis. Kemudian sapukan pada Wajah ( sebagai masker ). Insyaallah berkesan.

: Melambatkan rambut uban.
Selepas membasuh tangan ( selepas makan ), hendaklah disapukan ke rambut. Tangan yang dibasuh tadi tidak perlu dilap. Insyaallah, rambut anda tidak beruban


Sakit tumit kaki
Ambil 1 kg garam kasar.dipanaskan mengunakan kuali dengan cara mengoreng tanpa minyak. panaskan sampai kesemua garam kasar tadi menjadi panas.setelah garam tersebut menjadi panas bungkus mengunakan kain. kemudian tuamkan tumit anda dengan garam kasar tersebut. insyaallah ia akan sembuh.

Mencari atau mengingati sesuatu benda yang terlupa
Adakalanya kita terlupa dimana letaknya barang yang kita simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun dimana juga. Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah & mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini insyaAllah barang yang anda cari ataupun apa saja yang anda terlupa akan anda jumpa/ingat semula. Amalkan membaca SELAWAT ( berulang-ulang kali ) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran mengingati kembali bilakah waktu akhir anda nampak/pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda ( maksudnya belum musnah/dicuri orang ). Cubalah sendiri dan dengan kuasa Allah anda akan menemui apa yang anda cari.


0 Comments
 
Free Web Site Counter
Free Counter Photobucket - Video and Image Hosting Ya ALLAH,limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kpd cahaya bagi cahaya dan rahsia bagi segala rahsia.Luhurnya org yg mulia anak kunci bagi pintu kesenangan.Itulah penghulu kami Nabi Muhammmad S.A.W. yg terpilih dan kpd keluarganya yg suci dan para sahabat baginda yg mulia sebanyak nikmat ALLAH dan anugerahNya. Photobucket - Video and Image Hosting