Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Bahtera_kasih


Blog For Free!


Archives
Home
2007 September
2007 July
2006 August
2005 October
2005 August
2005 May
2005 April
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July

My Links
halamanku
embun pagi
pemata hati
Kak Wan
nuratie
teman
akhie
sab
pelangi pagi
krismann
Mujahidah
anjang
ian_suryani
Laman Muzakarah
Pelajari Hukum Tajwid

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Photobucket - Video and Image Hosting "Madu adalah penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit dalam hati,maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-quran."

"Lisan yang didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman akan menghasilkan mutiara-mutiara kata yang elok didengar dan memancarkan kebenaran."
Nilai lah diri sendiri......siapa kita? (2)
09.24.04 (1:28 am)   [edit]
Siapakah orang yang telah mati hatinya?

"Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat."
0 Comments
 
Nilai lah diri sendiri......siapa kita? (1)
09.24.04 (1:24 am)   [edit]
Siapakah orang yang sombong?

"Orang yang sombong adalah orang yang di beri
penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri."


0 Comments
 
cari lah jalan pulang
09.21.04 (11:33 pm)   [edit]

SELAMAT KEMBALI  KETEMPAT ASAL DENGAN SEMPURNA


Ketahuilah bahawa semua dan segalanya pasti akan kembali ke asal masing-masing. Hati, diri, jiwa, dan minda perlu dibangun dan disedarkan, dihidupkan kembali, agar dapat mencari jalan pulang ke kampong asal. Dengarlah seruan panggilan masing masing. Seseorang itu hendaklah mencari orang yang melaluinya panggilan itu datang iaitu guru sebenar atau guru mursyid. Ini adalah kewajipan bagi setiap orang. Nabi s.a.w. pernah bersabda:  


“Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam, lelaki dan perempuan.”  


Ilmu kesufian adalah ilmu peringkat tinggi. Dinamakan juga ilmu hikmah ketuhanan. Itulah ilmu yang membimbing seseorang ke asalnya iaitu ke hakikat asalnya. Ilmu yang lain hanya patut dituntut setakat yang ia diperlukan. Namun begitu  terselamatlah hamba-hamba-Nya yang meninggalkan kehormatan dan kemasyhuran dunia kerana perkara itu semua menghalang kita dalam pengembaraan pulang ruhaniah kita  kepada-Nya.  


Firman Allah:  


“Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan...”(As-Syura: 23). Wallahu A’alam.


0 Comments
 
IKHLAS
09.16.04 (4:25 pm)   [edit]
Berkata Sheikh Junaid Al-Bagdadi Rahimallahi Taala

"ALLAH SWT ada mempunyai hamba2 yang berakal, apabila sudah berakal mereka itu beramal. Apabila sudah beramal mereka itu berikhlas. Maka ikhlas itulah yang menarik segala pintu kebajikan semua sekali."

Berkata Saidina Mu'adz RA. "Hendaklah engkau ikhlas pada ugama nescaya memadai engkau dengan amal yang sedikit."

Firman Allah didalam Surah Al-Bayyinah, ayat 5 maksudnya: "Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya."

Firman Allah didalam hadis Qudsi yg bermaksud:

"Bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia aku,aku letakkan ia dihati hamba yang aku kasihi daripada hamba2 ku."

Dan ikhlas itu mempunyai tiga darjat

Darjat yg pertama: Bahawa mengerjakan oleh hamba akan amal ibadat semata-mata menjunjung perintah Allah Swt.

Darjat yg kedua: Iaitu bahawa mengerjakan ia akan amal ibadat kerana menuntut pahala dan kerana lari dari siksa.

Darjat yg ketiga: Ikhlas yang lebih rendah iaitu bahawa mengerjakan ia akan amal ibadat supaya memuliakan Allah Swt akan dia didalam dunia atau supaya selamat dia daripada kebinasaan dunia; misalnya membaca ia Surah An-Nas supaya dipelihara akan dia daripada waswas syaitan
0 Comments
 
Sudahkah kita mengenal diri??
09.15.04 (5:55 am)   [edit]



SUDAHKAH KITA MENGENAL DIRI KITA

 

Assalamualaikum. Sebagai orang yang mengaku Islam, kita wajib KENAL siapa Tuhan kita.

 

Siapakah namaNya? namaNya ialah Allah

 

Siapakah yang menamakanNYA? Allah sendiri menamakan diriNya Allah.

Firman: Anallah hu la ilaha illa ana. ertinya AKU lah Allah, tidak ada tuhan melainkan AKU.

 

Kenapa Allah jadikan kita? DIA jadikan kita kerana DIA ingin supaya kita mengenal kepadaNya dan setelah kita kenal kepadaNya sebagai kuasa yang menjadikan kita, maka kita disuruh menyembah hanya kepadaNya.

 

Kenapakah Allah suruh kita menyembahNYA? Allah memerintahkan kita supaya menyembahNya kerana hanya DIA lah saja Tuhan yang wajib disembah. Selain Allah tiada tuhan lain yang berkuasa diseluruh alam ini.

 

Kenapakah demikian? Kerana Allah ingin melihat siapakah hamba hambaNYA yang taat kepada perintahNYA dan juga ingin melihat siapakah hamba hambaNYA yang ingkar kepadaNYA.

 

Kenapa demikian? Kerana yang taat kepada segala perintahNYA, telah disediakan satu tempat yang sangat indah dan menyenangkan yakni Syurga manakala yang ingkar dan degil serta sombong kepada perintahnya telah disiapkan satu tempat yang menggerunkan untuk disiksa selama lamanya yakni Neraka. Dengan adanya hukum hukum ini, maka dapatlah Allah membezakan siapakah manusia yang taat kepada hukumNya dan yang siapakah manusia yang ingkar kepada humumNya dan masing masing akan dibalas dengan apa yang sesuai untuk mereka.

 

Mengapakah kita wajip mentaati semua perintahNya? Kerana DIA lah Tuhan(Kuasa) yang menjadikan kita daripada tidak ada kepada menjadi ada. Dia telah menghidupkan kita dengan memberi kita nyawa, memberi kita segala rezeki, membuat kita dapat melihat seluruh alam ini dengan mata kepala kita, memelihara kita dari segala gangguan melalui sifat Ar RahmanNya sehingga kita boleh hidup dengan selesa penuh kesihatan didunia ini.

 

Dari apakah Allah menjadikan kita? Allah menjadikan kita semua daripada air yang hidup yang terpancar dari tulang sulbi ayah kita dan dipelihara sehingga menjadi manusia yang sempurna didalam rahim ibu kita selama sembilan bulan sehinggalah kita lahir kedunia ini sudah siap sebagai manusia sempurna. Sudah boleh menangis, makan, tidur dan bergerak gerak. Apabila kita lahir kedunia, maka kita tertakluk kepada hukum hukum yang sudah disediakan oleh Allah untuk hamba hambaNya.

 

Dari unsur apakah diri kita ini dijadikan Allah? Diri kita dijadikan Allah dari dua unsur. Yang pertama jasad atau tubuh badan kita dijadikan dari tanah pada awalnya dan unsur kedua ialah roh kita atau juga dipanggil hati latiffurrabaniah. Tanpa ada roh kita, jasad tidak akan boleh hidup.

 

Apakah sebenarnya roh ini? Roh adalah sebenarnya perhimpunan tujuh macam sifat. Apakah tujuh macam sifat ini? Tujuh macam sifat ini ialah sifat hidup, sifat tahu, sifat kehendak, sifat kuasa, sifat mendengar, sifat melihat dan sifat berkata kata atau dalam bahasa Arab dipanggil sifat hayat, sifat ilmu, sifat iradat, sifat qudrat , sifat samak, sifat basar dan sifat qalam. Kesemua tujuh sifat ini dinamakan sifat maani atau sifat yang memberi maana kepada wujud diri kita. Jika kita ada jasad tetapi takda sifat maani ini, maka jasad itu tidak akan boleh dipanggil manusia kerana tidak boleh membuat apa apa seperti patung saja. Apabila roh ditiup kan kedalam jasad, maka barulah jasad dapat di panggil manusia, kerana sebagai manusia ianya mesti hidup, tahu, berkehendak, berkuasa, mendengar, melihat dan boleh berkata kata. Roh ini juga adalah amanah Allah kepada kita kerana ianya berasal dari alam tinggi dan keadaanya pada asalnya adalah suci(fitrah). Jikalau roh yang diamanahkan kepada kita ini dikotorkan dengan noda dosa, maka ia tidak akan dapat balik ketempat asalnya melainkan dicuci dulu dengan semburan api yang panas bertahun tahun hinggalah bersih kembali(api neraka) sebelum ianya dapat kembali kealam tinggi(syurga). Jika ianya tidak dapat dicuci maka akan kekal lah roh ini didalam Neraka selama lamanya. Naudzubillah.

 

Apakah noda dosa yang menyebabkan roh ini disiksa dineraka? Ia disiksa kerana dosa dosa saperti syirik, zindik, fasik dan munafik. Inilah yang dikatakan sifat sifat hawa nafsu Syaitan yang telah meresap kedalam roh yang pada asalnya itu suci bercahaya cahaya, sekarang telah menjadi kotor dan gelap kerana melakukan amalan Syaitan laknatullah dan bukan yang diajar Allah dan Rasulullah melalui Al Quran.
3 Comments
 
09.09.04 (5:42 pm)   [edit]

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pemegang hikmah kebijaksanaan adalah pewaris nabi-nabi. Penduduk langit mengasihi mereka dan di atas muka bumi ini ,ikan-ikan di laut bertasbih untuk mereka hingga kepada hari kiamat”.


Tentu sekali yang paling berharga di antara yang berharga, paling tinggi,
permata yang tidak ternilai, barang perniagaan yang paling menguntungkan
manusia, adalah ilmu pengetahuan. Hanya denganhikmah kebijaksanaan kita boleh mencapai keesaan Allah, Tuhan sekalian alam. Hanya dengan hikmah kebijaksanaan kita boleh mengikuti rasul-rasul-Nya dan nabi-nabi-Nya. Orang yang berpengetahuan, yang bijaksana, adalah hamba-hamba Allah yang tulen yang Dia pilih untuk menerima perutusan Ilahi. Dia lebihkan mereka daripada yang lain semata-mata dengan kebaikan rahmat-Nya


Dalam ayat lain Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
“Tidak takut kepada Allah daripada hamba-hamba-Nya melainkan orang-orang yang berilmu Pengetahuan” (Surah Fatir, ayat 28).


Kebenaran atau hakikat tersebut telah ditanam di tengah-tengah hati sebagai amanah Allah, diamanahkan kepada manusia agar disimpan dengan selamat. Ia bangkit dan menyata melalui taubat yang sungguh-sungguh dan usaha sebenar mempelajari agama. Keindahannya akan memancar ke permukaan apabila seseorang itu mengingati Allah terus menerus, mengulangi kalimah “La ilaha illallah”. Pada mulanya kalimah ini diucapkan dengan lidah. Bila hati sudah hidup ia diucapkan di dalam, dengan hati.

1 Comments
 
sekadar perumpamaan
09.06.04 (8:56 pm)   [edit]
Hati manusia yang sempurna

Adalah rumah Tuhan

Tempat perjumpaan

Hamba dengan Tuhan

Tapi jangan salah faham

Itu bukan hati badan(Rohani)

 

Hati mulia ialah hati rahsia

Menjadi cermin Tuhan

Zat yang tanpa permulaan

Adapun keniscayaan hamba ialah baru

Dan Tuhan jualah sejati yang qadim itu


 



 


 

0 Comments
 
Free Web Site Counter
Free Counter Photobucket - Video and Image Hosting Ya ALLAH,limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kpd cahaya bagi cahaya dan rahsia bagi segala rahsia.Luhurnya org yg mulia anak kunci bagi pintu kesenangan.Itulah penghulu kami Nabi Muhammmad S.A.W. yg terpilih dan kpd keluarganya yg suci dan para sahabat baginda yg mulia sebanyak nikmat ALLAH dan anugerahNya. Photobucket - Video and Image Hosting