SUDAHKAH KITA MENGENAL DIRI KITA
Assalamualaikum.
Sebagai orang yang mengaku Islam, kita wajib KENAL siapa Tuhan kita.
Siapakah namaNya?
NamaNya ialah Allah
Siapakah yang menamakanNYA?
Allah sendiri menamakan diriNya Allah.
Firman:
Anallah hu la ilaha illa ana. ertinya AKU lah Allah, tidak ada tuhan melainkan AKU.
Kenapa Allah jadikan kita?
DIA jadikan kita kerana DIA ingin supaya kita mengenal kepadaNya dan setelah kita kenal kepadaNya sebagai kuasa yang menjadikan kita, maka kita disuruh menye
mbah hanya kepadaNya.
Kenapakah Allah suruh kita menyembahNYA? Allah memerintahkan kita supaya menye
mbahNya kerana hanya DIA lah saja Tuhan yang wajib dise
mbah. Selain Allah tiada tuhan lain yang berkuasa diseluruh alam ini.
Kenapakah demikian?
Kerana Allah ingin melihat siapakah ha
mba ha
mbaNYA yang taat kepada perintahNYA dan juga ingin melihat siapakah ha
mba ha
mbaNYA yang ingkar kepadaNYA.
Kenapa demikian?
Kerana yang taat kepada segala perintahNYA, telah disediakan satu tempat yang sangat indah dan menyenangkan yakni Syurga manakala yang ingkar dan degil serta sombong kepada perintahnya telah disiapkan satu tempat yang menggerunkan untuk disiksa selama lamanya yakni Neraka. Dengan adanya hukum hukum ini, maka dapatlah Allah membezakan siapakah manusia yang taat kepada hukumNya dan yang siapakah manusia yang ingkar kepada humumNya dan masing masing akan dibalas dengan apa yang sesuai untuk mereka.
Mengapakah kita wajip mentaati semua perintahNya?
Kerana DIA lah Tuhan(Kuasa) yang menjadikan kita daripada tidak ada kepada menjadi ada. Dia telah menghidupkan kita dengan memberi kita nyawa, memberi kita segala rezeki, membuat kita dapat melihat seluruh alam ini dengan mata kepala kita, memelihara kita dari segala gangguan melalui sifat Ar RahmanNya sehingga kita boleh hidup dengan selesa penuh kesihatan didunia ini.
Dari apakah Allah menjadikan kita?
Allah menjadikan kita semua daripada air yang hidup yang terpancar dari tulang sulbi ayah kita dan dipelihara sehingga menjadi manusia yang sempurna didalam rahim ibu kita selama sembilan bulan sehinggalah kita lahir kedunia ini sudah siap sebagai manusia sempurna. Sudah boleh menangis, makan, tidur dan bergerak gerak. Apabila kita lahir kedunia, maka kita tertakluk kepada hukum hukum yang sudah disediakan oleh Allah untuk ha
mba ha
mbaNya.
Dari unsur apakah diri kita ini dijadikan Allah?
Diri kita dijadikan Allah dari dua unsur. Yang pertama jasad atau tubuh badan kita dijadikan dari tanah pada awalnya dan unsur kedua ialah roh kita atau juga dipanggil hati latiffurrabaniah. Tanpa ada roh kita, jasad tidak akan boleh hidup.
Apakah sebenarnya roh ini?
Roh adalah sebenarnya perhimpunan tujuh macam sifat. Apakah tujuh macam sifat ini? Tujuh macam sifat ini ialah sifat hidup, sifat tahu, sifat kehendak, sifat kuasa, sifat mendengar, sifat melihat dan sifat berkata kata atau dalam bahasa Arab dipanggil sifat hayat, sifat ilmu, sifat iradat, sifat qudrat , sifat samak, sifat basar dan sifat qalam.
Kesemua tujuh sifat ini dinamakan sifat maani atau sifat yang memberi maana kepada wujud diri kita. Jika kita ada jasad tetapi takda sifat maani ini, maka jasad itu tidak akan boleh dipanggil manusia kerana tidak boleh membuat apa apa seperti patung saja. Apabila roh ditiup kan kedalam jasad, maka barulah jasad dapat di panggil manusia, kerana sebagai manusia ianya mesti hidup, tahu, berkehendak, berkuasa, mendengar, melihat dan boleh berkata kata.
Roh ini juga adalah amanah Allah kepada kita kerana ianya berasal dari alam tinggi dan keadaanya pada asalnya adalah suci(fitrah). Jikalau roh yang diamanahkan kepada kita ini dikotorkan dengan noda dosa, maka ia tidak akan dapat balik ketempat asalnya melainkan dicuci dulu dengan semburan api yang panas bertahun tahun hinggalah bersih kembali(api neraka) sebelum ianya dapat kembali kealam tinggi(syurga). Jika ianya tidak dapat dicuci maka akan kekal lah roh ini didalam Neraka selama lamanya. Naudzubillah.
Apakah noda dosa yang menyebabkan roh ini disiksa dineraka?
Ia disiksa kerana dosa dosa saperti syirik, zindik, fasik dan munafik. Inilah yang dikatakan sifat sifat hawa nafsu Syaitan yang telah meresap kedalam roh yang pada asalnya itu suci bercahaya cahaya, sekarang telah menjadi kotor dan gelap kerana melakukan amalan Syaitan laknatullah dan bukan yang diajar Allah dan Rasulullah melalui Al Quran.