Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Bahtera_kasih


Blog For Free!


Archives
Home
2007 September
2007 July
2006 August
2005 October
2005 August
2005 May
2005 April
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July

My Links
halamanku
embun pagi
pemata hati
Kak Wan
nuratie
teman
akhie
sab
pelangi pagi
krismann
Mujahidah
anjang
ian_suryani
Laman Muzakarah
Pelajari Hukum Tajwid

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog


Photobucket - Video and Image Hosting "Madu adalah penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit dalam hati,maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-quran."

"Lisan yang didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman akan menghasilkan mutiara-mutiara kata yang elok didengar dan memancarkan kebenaran."
sekadar peringatan
10.07.05 (7:24 pm)   [edit]
 Berpuasa diwajibkan oleh Allah sebagai satu formula untuk orang yang beriman mensucikan diri dan kembali kepada fitrah asal kita dulu sebelum dipengaruhi oleh hawa nafsu dunia yang tidak mengenal erti kesucian dan kebenaran yang sangat sangat diperlukan untuk mendapatkan keselamatan dunia dan akhirat.

 Hanya dengan berpuasa dengan cara tertentu yang ajarkan oleh ugama kita melalui Rasulullah s.a.w. ada kemungkinan kita dapat kembali ketahap kesucian diri yang asal dulu sebagaimana kanak kanak yang baru lahir kedunia. Allah adalah Maha Suci, dan untuk membolehkan kita menghampiri Yang Maha Suci, kita wajib mensucikan diri kita. Jikalau kita tidak suci zahir dan batin, kita tidak mugkin akan dapat menghampiri Allah dan jika kita tidak dterima Allah apakah solat dan doa kita akan diterimaNYA?

Orang yang telah suci digambarkan oleh ulamak tasauf sebagai mereka:

 

1. MELEPASKAN DARI TUNTUTAN MATERIAL( Tidak mencintai harta dunia. Sama ada mempunyai harta atau tidak, perasaanya tetap sama saja dan tidak rasa rugi untuk menzakat serta mendermakan hartanya untuk mencari redha Allah)

 

2. Mencari kesucian diri melalui bersolat, berzikir, berpuasa dan membaca Al Quran, mengharapkan Allah akan mensucikan dirinya dan  menukarkan dirinya dari berperangai manusia serakah kepada manusia suci lahir batin.

 

3. Mensucikan diri dengan mengamalkan sifat sopan santun, berbudi perkerti yang tinggi serta,menjaga adab dan bahasa semasa bergaul sesama masyarakat dan kaum keluarga dan mengamalkan akhlak yang mulia. Akhlak Al Quran atau Akhlakul Qarim. Inilah cara jika kita ingin menuju kepada tahap yang dinamakan tahap Insan Kamil atau Insan Sempurna

Waallahualam.
0 Comments
 
Free Web Site Counter
Free Counter Photobucket - Video and Image Hosting Ya ALLAH,limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kpd cahaya bagi cahaya dan rahsia bagi segala rahsia.Luhurnya org yg mulia anak kunci bagi pintu kesenangan.Itulah penghulu kami Nabi Muhammmad S.A.W. yg terpilih dan kpd keluarganya yg suci dan para sahabat baginda yg mulia sebanyak nikmat ALLAH dan anugerahNya. Photobucket - Video and Image Hosting