|
Salam semua. Sesaorang yang inginkan kesenangan dunia atau akhirat adalah cukup senang. Kalau hendakkan kesenangan dunia kenalah berusaha dan mencari jalannya dan untuk mendapatkan kesenangan akhirat juga kenalah berusaha dan mencari jalannya. Kalau hati sudah terbuka niat untuk mencari keredhaan Allah maka Allah sendiri yang akan tunjukkan jalannya. Dekatkanlah diri kepada Allah selalu didalam kesunyian malam bersamaNYA serta senantiasa menagihka n petunjuk dariNYA. Firman Allah: Al Baqarah.5
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Kalau didunia untuk mendapatkan pangkat yang tinggi dan gaji yang lumayan kena ada kelulusan dan kelayakkan yang cukup dan kena berkurban masa siang dan malam untuk belajar. Maka samalah diakhirat kenalah kita mempunyai kelulusan dan kelayakkan yang tinggi untuk mendudukki tempat yang baik dan memerlukan banyak pengurbanan.
Kalau didunia tidak cukup dengan certificate kindergarten atau primary school saja untuk mendapat kerja, maka samalah untuk mendapat kan kedudukkan akhirat tidaklah cukup dengan tahu sembahyang dan membaca Quran serta hukum halal dan haram saja. Kenalah berusaha untuk mencari dan mempunya'i ilmu yang cukup dan pengurbanan yang banyak untuk mendapatkan kedudukkan dan pangkat yang tinggi disisi Allah. Kenalah ada kehendak untuk membongkar rahasia ugama sedalam dalamnya serta berdoa kepadaNYA agar terpimpin hati kita yang senantiasa dilalaikan dengan hal dunia sedangkan jarak antara kita dengan akhirat sudah terlampau dekat. Amal ibadat yang kita lakukan ini belum tahu diterima oleh Allah.
Tentu ada jalan dan caranya agar amal ibadat kita diterima Allah. Tidak lah asal boleh saja. Seperti apa yang pernah disyarahkan oleh banyak ulamak bahawa sebelum amal ibadat kita diterima Allah, tentukanlah kesucian zahir dan batin kita. Kalau membersihkan zahir ada jalan dan caranya, begitu juga ada jalan dan cara untuk membersihkan batin juga. Jika hukum syarak menentukan betulnya syariat kita, hukum batin juga menentukan kebenaran keimanan dan keikhlasan ibadat kita.
Tidak ada orang yang inginkan agar amal ibadatnya dihumban Allah kedalam Neraka bersama nya.Tentu semuanya menginginkan agar amal ibadatnya diterima Allah dan mendapat balasan syurga. Kalau demikian yang kita harapkan, maka kenalah kita senantiasa menjadikan issue ini priority utama dalam kita beramal untuk akhirat. Saperti apa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. bahawa Allah ada menjanjikan kedukkan yang tinggi dan maqam yang terpuji untuk umat Muhammad sekelian. Hidup didunia adalah sebagai sample bagi hidup akhirat. Kehidupan dunia hanya sekejap saja manakala hidup akhirat kekal abadi. Jadi kenalah gunakan kewarasan kita untuk merebut peluang yang ada selagi ada sedikit kesempatan.
Jangan sampai nikmat yang ada ini ditarik balik baru kita hendak sedar. Itu sudah terlambat. Jangan tunggu sampai sudah sakit terlantar dan tidak dapat membuat apa apa lagi, atau wang dan harta sudah habis dan akal yang waras sudah menjadi buntu baru mahu ingat mati. Pada masa itu sedikit was was yang timbul dalam hati kita sudah cukup untuk menjadikan kita mati murtad. Naudzubillah. Jangan ingat Allah akan mempedulikan kita, sedangkan kita tidak mempedulikan perinta h Allah selama ini walaupun kurnian yang bertimbun telah kita nikmati.
Ingatlah bahawa Allah telah menjadikan kita supaya kita beribadat kepadaNYA atau mengikut segala perintahNYA.
Dalam kita melakukan ibadat kepadanya criteria yang menilaikan ibadat kita tertakluk kepada tingkatan Islam, Iman dan Ihsan masing masing. Tidak kurang yang mengaku Islam tetapi Islamnya Islam pilih pilih. Ada yang dipakai suruhan Islam dan ada yang ditolak tepi. Imannya pun sama jugak. Ada yang dipakai atau percaya, dan ada yang ditolak tepi. Sikap seperti ini sudah dilakukan oleh orang Kristian dulu. Mereka pilih pilih yang mana sesuai dengan hawa nafsu mereka dan membuang dari kitab Injil apa yang mereka tak suka. Kalau sifat Ihsan itu jauh sekali.
Senang atau susahnya kita menjadi orang Islam terpulang kepada diri masing masing. Adakah kita mengambil ugama Islam keseluruhannya atau pilih pilih saja, maaf cakap, kita tahu sendiri dan Allah amat halus, cermat dan teliti dalam menilai amal perbuatan kita semua dan tidak ada sesiapa pun yang terlepas atau dirugikan oleh Allah. Dari itu sedarlah bahawa setiap nikmat kurnia'an Allah kepada kita akan di soal balik.
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
Nikmat mata apa yang kita gunakan untuknya, nikmat kaki, nikmat tangan, niknat akal, nikmat rezeki, dan yang utama sekali nikmat masa, apa yang kita telah gunakan dengan kurnian masa kepada kita. Jikalau perkara nikmat ini di soal balik oleh Allah, apalagi perkara maksiat yang bertimbun timbun. Ingatlah kedatangan hari mati kita senantiasa kerana segala harta yang kita kumpul dan megah megahkan sekarang semuanya akan hancur binasa dan akan kita tinggalkan dan tidak sedikitpun berguna apa apa untuk menjamin keselamatan kita di akhirat kelak. Bijak bijaklah memikirkan hal ini. Ini adalah perkara mustahak.
|