|
Kesucian zahir serta kesucian hati adalah criteria yang penting untuk supaya ibadat kita diterima Allah. JIka tidak suci antara satu ini atau kedua duanya sekali maka ibadat kita akan ditolak oleh Allah s.w.t. Berkenaan kesucian zahir saperti suci dari najis besar dan najis kecil telah umum kita ketahui cara cara untuk menyucikannya.
Bagaimana tentang mensucikan hati kita dari segala sifat mazmumah. Jika ada satu atom saja sifat mazmumah maka akan tertolaklah semua ibadat kita ibaratkan abu ditiup angin. Jadi perkara pembersihan hati ini adalah yang sangat penting dalam kita beribadat kepada Allah. JIka hati tidak suci maka jiwa pun akan lalai kepada Allah. KIta tidak akan mendapatkan kenikmatan beribadat dan tidak akan mendapatkan khusuk serta ikhlas.
Bagaimana kita mahu tahu bahawa hati kita sudah suci atau tidak? Jawabnya ialah jika hati sudah bersih, kita dapat merasakan kenikmatan semasa beribadat. Diringan diri kita untuk melakukan ibadat ibadat sunat seberapa mampu dengan tidak merasa bosan serta senantiasa dalam mengingat kepada Allah. Lahir dari dirinya sifat sifat wara' saperti pemurah, adil, penyayang, sabar, berani, berkata yang baik baik dan ketabahan hati yang kuat dalam menangkis segala urusan dunia.
Ibaratkan dirinya diberi cahaya oleh Allah untuk melihat dan mengetahui perkara perkara yang tersembunyi dan detail dalam menghadapi sikap manusia sehari hari.
Apakah cara untuk mensucikan diri batin atau hati lafifurrabaniah ini? Jawabnya tidak ada lain cara melainkan menceburkan diri dalam pengajian tawasaawuf dan menyertakan diri dalam perjalanan tarikat. Tarikat yang ingin diceburi mestilah ada tali perhubungan silsilah hingga ke kepada Nabi s.a.w. dan bukan tarikat sembarangan yang menyeleweng dan tidak ada perhubungan silsilah hingga kepada Nabi s.a.w. dan mengambil baiat ijazah sebelum mengamalkannya. Setiap ilmu yang kita belajar wajib ada rantaian perhubungan hingga sampai kepada Nabi s.a.w.
Guru ini belajar kepada gurunya dan gurunya belajar kepada gurunya hinggalah sampai kepada Nabi s.a.w. Jika kita tidak berguru maka Syaitan lah guru kita dan tidak ada sesiapa yang akan bertanggung jawab dihadapan Allah nanti keatas ilmu yang kita amalkan ini. Tali rantaian antara guru guru inilah yang akhirnya akan sampai kepada junjungan kita iaitu Nabi s.a.w. Dan hanya dengan cara begini barulah kita dapat terlepas dari ilmu ilmu yang tidak diajar oleh Nabi s.a.w. dan menyeleweng. Ingatlah setiap amal yang kita amalkan mestilah ada guru yang mengajar kepada kita dan akan bertanggung jawab dihari Yaumul Kiamat nanti.
|