 Blog For Free!
Archives
Home
2007 September
2007 July
2006 August
2005 October
2005 August
2005 May
2005 April
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
My Links
halamanku
embun pagi
pemata hati
Kak Wan
nuratie
teman
akhie
sab
pelangi pagi
krismann
Mujahidah
anjang
ian_suryani
Laman Muzakarah
Pelajari Hukum Tajwid
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
"Madu adalah penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit dalam hati,maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-quran."
"Lisan yang didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman akan menghasilkan mutiara-mutiara kata yang elok didengar dan memancarkan kebenaran."
|
| Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic (Buat renungan bersama) |
| 09.11.07 (5:30 pm) [edit] |
|
This is a beautiful story of an Old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?" The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,"and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!" "So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. "Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."
|
|
1 Comments
|
| |
| renungan bersama |
| 07.17.07 (10:03 pm) [edit] |
|
Manusia suka bermegah megah kerana adanya sifat sifat mazmumah yang belum tersingkir dari hati. Selagi sifat sifat mazmumah belum di bersihkan dari hati, setiap amal ibadat tidak akan diterima Allah. Sia sialah sembahyang, puasa, zakat dan haji serta kebaikan2 yang dilakukan kerana dirinya masih berlumuran dengan unsur unsur syirik khafi (syirik tersembunyi). Sifat syirik khafi yang sangat halus ini tersemat didalam hati sehingga orang tidak merasai ada nya. Manusia memang lemah dan tidak ada daya untuk menolak terlekatnya sifat mazmumah ini melainkan mendapat pertolongan dari Allah, berusaha untuk membersihkannya dengan cara zikrullah dan mendalami ilmu tauhid dan usuluddin. Untuk mendapat pertolongan dari Allah, kita wajib sedar diri dan jadi manusia yang tawadhuk dan ikhlas, senantiasa memohon kepada Allah agar dipelihara dari segala fitnah dunia, tipu daya hawa nafsu dan dari Syaitan. Ikhlas beribadat dan senantiasa bertaubat kepada Allah setiap hari kerna tanpa disadari kita selalunya menghimpunkan dosa yang banyak. WAALLAHUALAM
|
|
0 Comments
|
| |
| Peringkat nafsu. |
| 08.26.06 (4:44 am) [edit] |
|
Tiga macam nafsu yang memang ada semula jadi pada manusia, yang jika tidak disucikan akan membuat porak peranda hidup didunia ini. 1. Nafsu Ammarah adalah Sejahat-jahat & sehina-hina nafsu. Melakukan maksiat kpd Allah tanpa ada penyesalan dlm diri malah bangga. Antara sifatnya meliputi sifat mazmumah spt dengki, khianat dsbnya. 2. Nafsu Lawwamah- Mengkritik diri sendiri & menyesal di atas kejahatannya. Banyak terdapat pada orang awam. Tinggi sedikit drp nafsu ammarah. 3. Nafsu Mulhamah pula- Dapat mengelak drp sifat-sifat drp nafsu amarah dan lawwamah. Sebagai contoh cukup di atas segala kurniaan, sabar yang hakiki. 4. Nafsu Mutmainnah- Melekat di hatinya perkara yang terpuji & terhakis di hatinya perkara mazmumah. Contoh, kuat beribadah, redhai yang hakiki , taqwa yg sebenar dll. 5. Nafsu Raadhiah- Mencapai kejernihan hati yang teguh dan hatinya meredhakan segala ketentuan Allah kepadanya. Sukar dicapai krn memerlukan berhemah tinggi dalam perjuangan mujahadah dan ibadat untuk capai makam yg mulia di sisi Allah S.W.T. Tidak merasa takut pd bala Allah dan tidak merasa gembira dgn nikmat Allah. Di hatinya hanyalah keredhaan dan ketentuan Allah S.W.T. Ciri-cirinya adalah spt wara',zuhud dsbgnya. 6. Nafsu Mardhiah- Segala percakapan, perbuatan dan lakonan adalah keredhaan Allah. Segala tingkah lakunya mendapat keredhaan Allah. Ciri-cirinya adalah spt berbudi pekerti spt nabi,sentiasa berfikir, redha dgn ketentuan Allah dsbgnya. 7. Nafsu Kamil- Dapat menghimpunkan antara batin dgn zahir atau antara hakikat dgn syariat. Terdiri drp golongan nabi-nabi,rasul-rasul dan wali-wali besar. (Ini sekadar ringkasannya saja)
|
|
2 Comments
|
| |
| sekadar peringatan |
| 10.07.05 (7:24 pm) [edit] |
|
Berpuasa diwajibkan oleh Allah sebagai satu formula untuk orang yang beriman mensucikan diri dan kembali kepada fitrah asal kita dulu sebelum dipengaruhi oleh hawa nafsu dunia yang tidak mengenal erti kesucian dan kebenaran yang sangat sangat diperlukan untuk mendapatkan keselamatan dunia dan akhirat.
Hanya dengan berpuasa dengan cara tertentu yang ajarkan oleh ugama kita melalui Rasulullah s.a.w. ada kemungkinan kita dapat kembali ketahap kesucian diri yang asal dulu sebagaimana kanak kanak yang baru lahir kedunia. Allah adalah Maha Suci, dan untuk membolehkan kita menghampiri Yang Maha Suci, kita wajib mensucikan diri kita. Jikalau kita tidak suci zahir dan batin, kita tidak mugkin akan dapat menghampiri Allah dan jika kita tidak dterima Allah apakah solat dan doa kita akan diterimaNYA?
Orang yang telah suci digambarkan oleh ulamak tasauf sebagai mereka:
1. MELEPASKAN DARI TUNTUTAN MATERIAL( Tidak mencintai harta dunia. Sama ada mempunyai harta atau tidak, perasaanya tetap sama saja dan tidak rasa rugi untuk menzakat serta mendermakan hartanya untuk mencari redha Allah)
2. Mencari kesucian diri melalui bersolat, berzikir, berpuasa dan membaca Al Quran, mengharapkan Allah akan mensucikan dirinya dan menukarkan dirinya dari berperangai manusia serakah kepada manusia suci lahir batin.
3. Mensucikan diri dengan mengamalkan sifat sopan santun, berbudi perkerti yang tinggi serta,menjaga adab dan bahasa semasa bergaul sesama masyarakat dan kaum keluarga dan mengamalkan akhlak yang mulia. Akhlak Al Quran atau Akhlakul Qarim. Inilah cara jika kita ingin menuju kepada tahap yang dinamakan tahap Insan Kamil atau Insan Sempurna. Waallahualam.
|
|
0 Comments
|
| |
| Mengenal Roh |
| 08.15.05 (10:19 pm) [edit] |
Roh diumpamakan sebagai tubuh. Keupayaan yang menghidupkan roh dipanggil nyawa. Apabila ia hidup ia mempunyai keupayaan untuk melahirkan berbagai-bagai bakat. Keupayaan yang melahirkan kehendak dinamakan nafsu. Keupayaan untuk melahirkan pengetahuan dinamakan akal. Roh yang satu boleh dilihat melalui empat aspek. Aspek roh yang melahirkan bakat-bakat seperti mendengar, melihat dan lain-lain dinamakan roh juga. Aspek roh yang melahirkan kehendak dinamakan nafsu. Aspek roh yang melahirkan pengetahuan dinamakan akal. Aspek roh yang melahirkan kehidupan dinamakan nyawa.
Tuhan mengajar manusia mengenali-Nya melalui sifat atau nilai yang ada dengan manusia sendiri walaupun sifat manusia bukan sifat Tuhan. Dalam persoalan roh, aspek roh yang menghasilkan bakat-bakat dikaitkan dengan sifat Kudrat. Nafsu pula dikaitkan dengan sifat Iradat. Akal dikaitkan dengan sifat Ilmu. Nyawa dikaitkan dengan sifat Hayat.
Kudrat Allah s.w.t yang memberikan keupayaan kepada roh. Roh berperanan membekalkan bakat-bakat, keupayaan serta tenaga. Kebolehan mendengar, melihat, berkata-kata, bergerak dan lain-lain adalah merupakan pekerjaan roh. Roh mempastikan setiap bakat itu pergi kepada alat atau pancaindera yang sesuai dengannya. Roh menghantarkan bakat melihat kepada mata, mendengar kepada telinga, berkata-kata kepada lidah dan bakat-bakat lain dihantar kepada pancaindera yang sesuai untuk masing-masingnya. Roh dikaitkan dengan urusan Allah s.w.t. Sebab itu pekerjaan roh adalah tepat dan sempurna. Roh tidak membuat silap, seperti meletakkan bakat melihat kepada kaki atau bakat mendengar kepada lutut. Dalam syariat roh diistilahkan sebagai malaikat. Malaikat yang menjaga matahari, bulan, bintang dan planet-planet lainnya akan mengheret masing-masing itu pada falak yang telah ditentukan oleh Tuhan dan maklumatnya telah dibekalkan kepada malaikat atau roh masing-masing. Malaikat menjalankan perintah Tuhan dengan tepat, tanpa kegoncangan yang datang daripada nafsu dan akal.
Roh atau malaikat secara semulajadinya mempunyai sifat hanya mentaati perintah Allah s.w.t tanpa berfikir atau memilih. Malaikat angin yang diperintahkan Allah s.w.t supaya membinasakan sesebuah negeri akan berbuat demikian tanpa kasihan belas walaupun anak dipisahkan daripada ibu bapa, isteri dipisahkan daripada suami dan banyak nyawa terkorban serta harta benda yang rosak.
Malaikat atau roh yang menghantar bakat melihat kepada mata akan terus berbuat demikian walaupun mata itu digunakan untuk melihat sesuatu yang dimurkai Allah s.w.t, melainkan jika Allah s.w.t memerintahkannya memberhentikan penghantaran bakat tersebut. Jadi, roh pada aspek bakat-bakat adalah serupa dengan malaikat yang menjalankan tugas tanpa rangsangan nafsu dan pertimbangan akal.
|
|
1 Comments
|
| |
| T M FOUZY |
| 05.15.05 (8:41 pm) [edit] |
|

bagi sesiapa yg nak mengenal siapa dia ustaz T M FOUZY......beliau yg sedang duduk diatas kerusi tuu.
|
|
12 Comments
|
| |
| sebahagian jemaah kami |
| 04.14.05 (8:31 pm) [edit] |
|

nie mak ngah bersama teman2 yg sama warna kumpulannya bergambar didepan masjid Namirah kat padang Arafah.....semasa kami melawat masjid tersebut setelah kami selesai menunaikan ibadah haji kami.
oh yer....kalau pandai teka lah yg mana satu mak ngah......nanti siapa yg menang mak ngah kasi hadiah...heeeeeeee :) :)
|
|
3 Comments
|
| |
| Panggilan Ka'abah |
| 01.11.05 (3:10 pm) [edit] |
|
"Aku menyahut panggilanmu,ya ALLAH aku menyahut panggilanmu.Tiada sekutu bagimu.Aku menyahut panggilanmu.Sesungguhnya sekalian pujian dan sekalian nikmat adalah semata2 milikmu.Demikian juga sekalian kerajaan. Tiada sekutu bagimu."
Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang yang mana limpah kurnia yg tak terhingga terhadap hamba2nya walaupun hambanya sering melupakan apa yg telah diberikan.
Saya rasa sungguh terharu serta terkejut bila saya membaca blog saya hari nie......kerna saya bz sedikit mentelah lagi hari keberangkatan saya sudah hampir......
semalam baru saya mengadakan kenduri doa selamat bagi kepergian saya ketanah suci.....
saya begitu terharu bila membaca kiriman doa2 kalian terhadap saya......terima kasih Permata kerna anda begitu susah payah memberitahu teman2 maya anda terhadap kepergian saya ini.....
Insyaallah akan saya sampaikan salam serta doa kalian disana nanti......semoga ALLAH akan menolong saya didalam ibadah haji serta ibadah2 yg lain disana....kerna saya ini masih jahil lagi dan masih mencari lagi mencari ketenangan jiwa yg hakiki bagi kembalikan apa yg telah dipinjamkan pada saya.
semoga dengan berkat doa kalian ALLAH akan mempermudahkan segalanya pada saya.....kerna tiada daya upaya kita melainkan ALLAH jua.Tak kan tergerak sesuatu itu tanpa izin NYA.
|
|
2 Comments
|
| |
| Hidayah |
| 12.19.04 (2:40 pm) [edit] |
|

Dalam menjalani hidupnya,manusia memerlukan hidayah agar ia tidak berada dijalan yang dimurkai ALLAH SWT atau jalan yang sesat.Hidayah secara harfiah bererti pertunjuk.Dalam pengertian syariat,hidayah bererti pertunjuk dari ALLAH SWT kepada manusia, agar berada dijalan yang benar.
Menurut islam,yang dapat memberi hidayah kepada manusia atau menunjukkan manusia jalan yang benar,hanyalah ALLAH SWT.Manusia tidak akan mampu,sekali pun ia seorang nabi.Tugas yang para nabi dan para rasul hanya menyampaikan ajaran kebenaran iaitu agama.
Apakah manusia akan menerima hidayah itu atau menolaknya,itu menjadi urusan denagn ALLAH SWT,pemberi hidayah.
Waallahualam.
|
|
0 Comments
|
| |
| Sentuhan Rohani. |
| 12.16.04 (1:54 pm) [edit] |
“Dan berlumba-lumbalah kepada keampunan Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya (seluas) langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang berbakti. Yang menderma di waktu senang dan susah, dan menahan marah, dan memaafkan manusia, dan Allah kasih kepada mereka yang berbuat kebajikan”. (Surah Imraan, ayat 133 & 134).
Masuklah kepada jalan itu dan bergabunglah dengan kafilah kerohanian untuk kembali kepada Tuhan kamu (tarikat).
Pada satu masa nanti jalan tersebut tidak dapat dilalui lagi dan pengembara pada jalan tersebut tidak ada lagi. Kita tidak datang ke bumi ini untuk merosakkan dunia ini. Kita dihantar ke mari bukan untuk makan, minum dan sebagainya. Roh penghulu kita menyaksikan kita. Baginda s.a.w berdukacita melihat keadaan kamu. Baginda s.a.w telah mengetahui apa yang akan berlaku kemudian hari apabila baginda s.a.w bersabda, “Dukacitaku adalah untuk umat yang aku kasihi yang akan datang kemudian”.
Apa sahaja yang datang kepada kamu datang dalam keadaan salah satu bentuk, secara nyata atau tersembunyi; nyata dalam bentuk peraturan syariat dan tersembunyi dalam bentuk hikmah kebijaksanaan atau makrifat. Allah Yang Maha Tinggi memerintahkan kita supaya mensejahterakan zahir kita dengan mematuhi peraturan syariat dan meletakkan batin kita dalam keadaan yang baik dan teratur dengan memperolehi hikmah kebijaksanaan atau makrifat.
Bila zahir dan batin kita menjadi satu dan hikmah kebijaksanaan atau makrifat dengan peraturan agama (syariat) bersatu, seseorang itu sampai kepada makam yang sebenarnya (hakikat).
|
|
0 Comments
|
| |
| Senda Gurau |
| 12.09.04 (4:27 pm) [edit] |
|
Tahi lalat manis
Ada dua macam tahi lalat: Ada tahi lalat natural dan ada tahi lalat artificial. Yang natural itu sudah sememangnya ciptaan Allah dan tak payah dipersoalkan. Yang artificial itu adalah rekaan dan lukisan orang agar menambahkan kemanisan wajah.
Tahi-lalat natural:
Ada kepercayaan Melayu sehubungan dengan tahi-lalat natural ini, bergantung di mana lokasinya. Betul tak betul kita ketepikan dulu. Katanya, kalau tahi-lalat di bibir, orang itu memang pandai cakap;
Tahi-lalat di atas bibir menunjukkan kejujuran orang itu bila bercakap;
Tahi-lalat bawah bibir menunjukkan orang itu kaki borak;
Tahi-lalat di bawah mata kanan, orang itu mata keranjang;
Tahi-lalat di bawah mata kiri ialah kaki menangis.
Tahi-lalat di dada menunjukkan orang itu seorang ikhlas;
Tahi lalat di tapak kaki menunjukkan orang itu akan berhijrah jauh;
Tahi-lalat di atas kepala menunjukkan orang itu bijak pandai.
Tahi-lalat di telinga, orang itu degil.
Tahi-lalat artificial:
Tahi-lalat jenis ini adalah kreasi manusia sendiri, terutama orang2 perempuan agar menaikkan kemanisan wajahnya. Dengan menggunakan pensil celak, biasanya tahi-lalat lukisan ini dilokasikan di pipi, di dagu atau di atas bibir.
|
|
0 Comments
|
| |
| Kenal Diri Kita |
| 12.02.04 (2:40 pm) [edit] |
|
Assalamualaikum semua.
Kita telah ketahui bahawa Allah telah menjadikan jasad kita daripada tanah. Tanpa ada roh, jasad kita tidak akan boleh dipanggil manusia. Apabila Allah tiupkan roh kepada jasad, maka barulah jasad boleh hidup, mengetahui, berkehendak, berkuasa, mendengar, melihat dan berkata kata. Firman Allah:
" Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".
Maka roh inilah yang menjadi amanah Allah kepada kita supaya kita menjaganya. Dia telah dijadikan Allah dari jisim yang halus yakni Nur Muhammad s.a.w. Maka siapa yang tidak kenal dan melihat kepadanya maka ibarat hati mereka buta. Firman Allah:
Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.
Dengan ada roh inilah baru kita boleh beramal dan menjalankan segala perintah ilahi. Dengannya juga kita mendapat rezeki. Dengan adanya pada jasad kita maka barang yang tidak ada boleh dijadikan dan barang yang telah ada boleh dibinasakan. Manusia juga diwajibkan menjalankan segala perintah Allah dimuka bumi selagi badan masih mengandung roh terutama semua perkara yang diwajibkan. Inilah amanah Allah yang wajib dijaga baik baik kerana satu hari nanti kita akan diminta mempertanggung jawabkan atas segala perbuatan yang kita lakukan dengan amanah Allah ini. Dia juga dikenal sebagai khalifah Allah dimuka bumi. Melalui dia juga kita mendapat rahmat dari Allah yang tidak terkira banyaknya. Roh yang telah dijadikan dari Nur Muhammad inilah yang membawa rahmat keatas diri kita didunia dan diakhirat.
Firman Allah:
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Sebagai insan yang tahu mensyukuri diatas segala rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, maka wajiblah kita senantiasa mengamalkan saja apa yang diperintah dan tinggalkanlah apa yang dilarang. Inilah jalan yang selamat semasa berada ditempat persingahan sementara ini semoga kita akan beruntung dihari kemudian. Apabila kita sakit DIA baikkan. Apabila kita mengantuk, DIA tidurkan, apabila kita lapar DIA kenyangkan, mahu mandi, DIA mandikan apabila mencari rezeki DIA adakan kerana dia ada senantiasa bersama kita dimana kita perlukan DIA. Semasa kecil dulu, diajarnya kita merangkak, bertatih dan berjalan. Kalau haus, DIA menjajar kita untuk menyedut susu dari puting dan tidak sekali kali kita ditinggalkanNya bersendirian.
Firman Allah:
Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Semoga ulasan diatas ini sikit sebanyak dapat memberi pelajaran kepada kita dan supaya kita termasuk manusia yang tahu mengenang jasa.
Wallahu a'lam.
|
|
1 Comments
|
| |
| Sudahkah kita mengenal diri?? |
| 11.30.04 (12:21 am) [edit] |
SUDAHKAH KITA MENGENAL DIRI KITA
Assalamualaikum. Sebagai orang yang mengaku Islam, kita wajib KENAL siapa Tuhan kita. Siapakah namaNya? NamaNya ialah Allah Siapakah yang menamakanNYA? Allah sendiri menamakan diriNya Allah. Firman: Anallah hu la ilaha illa ana. ertinya AKU lah Allah, tidak ada tuhan melainkan AKU. Kenapa Allah jadikan kita? DIA jadikan kita kerana DIA ingin supaya kita mengenal kepadaNya dan setelah kita kenal kepadaNya sebagai kuasa yang menjadikan kita, maka kita disuruh menye mbah hanya kepadaNya. Kenapakah Allah suruh kita menyembahNYA? Allah memerintahkan kita supaya menye mbahNya kerana hanya DIA lah saja Tuhan yang wajib dise mbah. Selain Allah tiada tuhan lain yang berkuasa diseluruh alam ini. Kenapakah demikian? Kerana Allah ingin melihat siapakah ha mba ha mbaNYA yang taat kepada perintahNYA dan juga ingin melihat siapakah ha mba ha mbaNYA yang ingkar kepadaNYA. Kenapa demikian? Kerana yang taat kepada segala perintahNYA, telah disediakan satu tempat yang sangat indah dan menyenangkan yakni Syurga manakala yang ingkar dan degil serta sombong kepada perintahnya telah disiapkan satu tempat yang menggerunkan untuk disiksa selama lamanya yakni Neraka. Dengan adanya hukum hukum ini, maka dapatlah Allah membezakan siapakah manusia yang taat kepada hukumNya dan yang siapakah manusia yang ingkar kepada humumNya dan masing masing akan dibalas dengan apa yang sesuai untuk mereka. Mengapakah kita wajip mentaati semua perintahNya? Kerana DIA lah Tuhan(Kuasa) yang menjadikan kita daripada tidak ada kepada menjadi ada. Dia telah menghidupkan kita dengan memberi kita nyawa, memberi kita segala rezeki, membuat kita dapat melihat seluruh alam ini dengan mata kepala kita, memelihara kita dari segala gangguan melalui sifat Ar RahmanNya sehingga kita boleh hidup dengan selesa penuh kesihatan didunia ini. Dari apakah Allah menjadikan kita? Allah menjadikan kita semua daripada air yang hidup yang terpancar dari tulang sulbi ayah kita dan dipelihara sehingga menjadi manusia yang sempurna didalam rahim ibu kita selama sembilan bulan sehinggalah kita lahir kedunia ini sudah siap sebagai manusia sempurna. Sudah boleh menangis, makan, tidur dan bergerak gerak. Apabila kita lahir kedunia, maka kita tertakluk kepada hukum hukum yang sudah disediakan oleh Allah untuk ha mba ha mbaNya. Dari unsur apakah diri kita ini dijadikan Allah? Diri kita dijadikan Allah dari dua unsur. Yang pertama jasad atau tubuh badan kita dijadikan dari tanah pada awalnya dan unsur kedua ialah roh kita atau juga dipanggil hati latiffurrabaniah. Tanpa ada roh kita, jasad tidak akan boleh hidup. Apakah sebenarnya roh ini? Roh adalah sebenarnya perhimpunan tujuh macam sifat. Apakah tujuh macam sifat ini? Tujuh macam sifat ini ialah sifat hidup, sifat tahu, sifat kehendak, sifat kuasa, sifat mendengar, sifat melihat dan sifat berkata kata atau dalam bahasa Arab dipanggil sifat hayat, sifat ilmu, sifat iradat, sifat qudrat , sifat samak, sifat basar dan sifat qalam. Kesemua tujuh sifat ini dinamakan sifat maani atau sifat yang memberi maana kepada wujud diri kita. Jika kita ada jasad tetapi takda sifat maani ini, maka jasad itu tidak akan boleh dipanggil manusia kerana tidak boleh membuat apa apa seperti patung saja. Apabila roh ditiup kan kedalam jasad, maka barulah jasad dapat di panggil manusia, kerana sebagai manusia ianya mesti hidup, tahu, berkehendak, berkuasa, mendengar, melihat dan boleh berkata kata. Roh ini juga adalah amanah Allah kepada kita kerana ianya berasal dari alam tinggi dan keadaanya pada asalnya adalah suci(fitrah). Jikalau roh yang diamanahkan kepada kita ini dikotorkan dengan noda dosa, maka ia tidak akan dapat balik ketempat asalnya melainkan dicuci dulu dengan semburan api yang panas bertahun tahun hinggalah bersih kembali(api neraka) sebelum ianya dapat kembali kealam tinggi(syurga). Jika ianya tidak dapat dicuci maka akan kekal lah roh ini didalam Neraka selama lamanya. Naudzubillah. Apakah noda dosa yang menyebabkan roh ini disiksa dineraka? Ia disiksa kerana dosa dosa saperti syirik, zindik, fasik dan munafik. Inilah yang dikatakan sifat sifat hawa nafsu Syaitan yang telah meresap kedalam roh yang pada asalnya itu suci bercahaya cahaya, sekarang telah menjadi kotor dan gelap kerana melakukan amalan Syaitan laknatullah dan bukan yang diajar Allah dan Rasulullah melalui Al Quran.
|
|
4 Comments
|
| |
| Selamat Menyambut Aidil Fitri |
| 11.19.04 (5:27 am) [edit] |

Disini ingin hamba menyusun sepuluh jari memohon maaf kerna tidak dapat membalas segala e-kad serta ucapan dari teman2,disebabkan sesuatu keadaan. Diharap kalian tidak berkecil hati atau terguris perasaan dgn perbuatan hamba ini,diharap dapatlah memahami diri hamba. Sekali lagi ku pohon maaf dan ku sudahi maaf zahir dan bathin andaikata terdapat kesilapan atau terkasar bahasa.
|
|
0 Comments
|
| |
| WAALLAHUALAM |
| 10.31.04 (6:28 pm) [edit] |
|
Mungkin ini perkara yang benar atau tidak.....Waallahualam....Tapi kita boleh buat renungan dalam kehidupan kita.
Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la....tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ihram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah....
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ..... "
|
|
2 Comments
|
| |
| Mutiara Kata |
| 10.15.04 (8:46 pm) [edit] |
|
"Alam yang maha indah ini seumpama sebuah kitab besar yang terbentang luas dihadapan kita. Didalamnya tertulis perjuangan hidup yang bakal ditempuhi setiap manusia. Ada yang bahagia dan ada pula yang sengsara. Bagi mereka yang bijaksana semuanya itu akan dijadikan sebagai pelita dengan mengambil iktibar darinya."

|
|
0 Comments
|
| |
| selamat menyambut Bulan Ramadhan |
| 10.14.04 (7:52 pm) [edit] |
|
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bulan Ramadhan adalah dimana kita diberi kesempatan untuk membersihkan diri dari segala dosa dan kesalahan.
Untuk itu dengan segala kerendahan hati saya mohon maaf lahir dan bathin atas perkataan dan perbuatan yang kurang berkenan di hati.
Semoga kita mendapatkan Rahmat dan Hidayah dari ALLAH SWT di bulan Ramadhan ini.
Selamat menjalankan ibadah di bulan suci Ramadhan ini.

|
|
0 Comments
|
| |
| Nilai lah diri sendiri......siapa kita? (4) |
| 10.04.04 (1:05 am) [edit] |
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
|
|
0 Comments
|
| |
| Nilai lah diri sendiri......siapa kita? (3) |
| 10.04.04 (1:01 am) [edit] |
|
Siapakah orang yang dunggu kepala o taknya? & nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ;
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatanny a.
|
|
0 Comments
|
| |
| Nilai lah diri sendiri......siapa kita? (2) |
| 09.24.04 (1:28 am) [edit] |
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
"Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat."
|
|
0 Comments
|
| |
| Nilai lah diri sendiri......siapa kita? (1) |
| 09.24.04 (1:24 am) [edit] |
Siapakah orang yang sombong?
"Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri."
|
|
0 Comments
|
| |
| cari lah jalan pulang |
| 09.21.04 (11:33 pm) [edit] |
SELAMAT KEMBALI KETEMPAT ASAL DENGAN SEMPURNA Ketahuilah bahawa semua dan segalanya pasti akan kembali ke asal masing-masing. Hati, diri, jiwa, dan minda perlu dibangun dan disedarkan, dihidupkan kembali, agar dapat mencari jalan pulang ke kampong asal. Dengarlah seruan panggilan masing masing. Seseorang itu hendaklah mencari orang yang melaluinya panggilan itu datang iaitu guru sebenar atau guru mursyid. Ini adalah kewajipan bagi setiap orang. Nabi s.a.w. pernah bersabda: “Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam, lelaki dan perempuan.” Ilmu kesufian adalah ilmu peringkat tinggi. Dinamakan juga ilmu hikmah ketuhanan. Itulah ilmu yang membimbing seseorang ke asalnya iaitu ke hakikat asalnya. Ilmu yang lain hanya patut dituntut setakat yang ia diperlukan. Namun begitu terselamatlah hamba-hamba-Nya yang meninggalkan kehormatan dan kemasyhuran dunia kerana perkara itu semua menghalang kita dalam pengembaraan pulang ruhaniah kita kepada-Nya. Firman Allah: “Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan...”(As-Syura: 23). Wallahu A’alam.
|
|
0 Comments
|
| |
| IKHLAS |
| 09.16.04 (4:25 pm) [edit] |
Berkata Sheikh Junaid Al-Bagdadi Rahimallahi Taala
"ALLAH SWT ada mempunyai hamba2 yang berakal, apabila sudah berakal mereka itu beramal. Apabila sudah beramal mereka itu berikhlas. Maka ikhlas itulah yang menarik segala pintu kebajikan semua sekali."
Berkata Saidina Mu'adz RA. "Hendaklah engkau ikhlas pada ugama nescaya memadai engkau dengan amal yang sedikit."
Firman Allah didalam Surah Al-Bayyinah, ayat 5 maksudnya: "Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya."
Firman Allah didalam hadis Qudsi yg bermaksud:
"Bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia aku,aku letakkan ia dihati hamba yang aku kasihi daripada hamba2 ku."
Dan ikhlas itu mempunyai tiga darjat
Darjat yg pertama: Bahawa mengerjakan oleh hamba akan amal ibadat semata-mata menjunjung perintah Allah Swt.
Darjat yg kedua: Iaitu bahawa mengerjakan ia akan amal ibadat kerana menuntut pahala dan kerana lari dari siksa.
Darjat yg ketiga: Ikhlas yang lebih rendah iaitu bahawa mengerjakan ia akan amal ibadat supaya memuliakan Allah Swt akan dia didalam dunia atau supaya selamat dia daripada kebinasaan dunia; misalnya membaca ia Surah An-Nas supaya dipelihara akan dia daripada waswas syaitan
|
|
0 Comments
|
| |
| Sudahkah kita mengenal diri?? |
| 09.15.04 (5:55 am) [edit] |
SUDAHKAH KITA MENGENAL DIRI KITA
Assalamualaikum. Sebagai orang yang mengaku Islam, kita wajib KENAL siapa Tuhan kita. Siapakah namaNya? namaNya ialah Allah Siapakah yang menamakanNYA? Allah sendiri menamakan diriNya Allah. Firman: Anallah hu la ilaha illa ana. ertinya AKU lah Allah, tidak ada tuhan melainkan AKU. Kenapa Allah jadikan kita? DIA jadikan kita kerana DIA ingin supaya kita mengenal kepadaNya dan setelah kita kenal kepadaNya sebagai kuasa yang menjadikan kita, maka kita disuruh menyembah hanya kepadaNya. Kenapakah Allah suruh kita menyembahNYA? Allah memerintahkan kita supaya menyembahNya kerana hanya DIA lah saja Tuhan yang wajib disembah. Selain Allah tiada tuhan lain yang berkuasa diseluruh alam ini. Kenapakah demikian? Kerana Allah ingin melihat siapakah hamba hambaNYA yang taat kepada perintahNYA dan juga ingin melihat siapakah hamba hambaNYA yang ingkar kepadaNYA. Kenapa demikian? Kerana yang taat kepada segala perintahNYA, telah disediakan satu tempat yang sangat indah dan menyenangkan yakni Syurga manakala yang ingkar dan degil serta sombong kepada perintahnya telah disiapkan satu tempat yang menggerunkan untuk disiksa selama lamanya yakni Neraka. Dengan adanya hukum hukum ini, maka dapatlah Allah membezakan siapakah manusia yang taat kepada hukumNya dan yang siapakah manusia yang ingkar kepada humumNya dan masing masing akan dibalas dengan apa yang sesuai untuk mereka. Mengapakah kita wajip mentaati semua perintahNya? Kerana DIA lah Tuhan(Kuasa) yang menjadikan kita daripada tidak ada kepada menjadi ada. Dia telah menghidupkan kita dengan memberi kita nyawa, memberi kita segala rezeki, membuat kita dapat melihat seluruh alam ini dengan mata kepala kita, memelihara kita dari segala gangguan melalui sifat Ar RahmanNya sehingga kita boleh hidup dengan selesa penuh kesihatan didunia ini. Dari apakah Allah menjadikan kita? Allah menjadikan kita semua daripada air yang hidup yang terpancar dari tulang sulbi ayah kita dan dipelihara sehingga menjadi manusia yang sempurna didalam rahim ibu kita selama sembilan bulan sehinggalah kita lahir kedunia ini sudah siap sebagai manusia sempurna. Sudah boleh menangis, makan, tidur dan bergerak gerak. Apabila kita lahir kedunia, maka kita tertakluk kepada hukum hukum yang sudah disediakan oleh Allah untuk hamba hambaNya. Dari unsur apakah diri kita ini dijadikan Allah? Diri kita dijadikan Allah dari dua unsur. Yang pertama jasad atau tubuh badan kita dijadikan dari tanah pada awalnya dan unsur kedua ialah roh kita atau juga dipanggil hati latiffurrabaniah. Tanpa ada roh kita, jasad tidak akan boleh hidup. Apakah sebenarnya roh ini? Roh adalah sebenarnya perhimpunan tujuh macam sifat. Apakah tujuh macam sifat ini? Tujuh macam sifat ini ialah sifat hidup, sifat tahu, sifat kehendak, sifat kuasa, sifat mendengar, sifat melihat dan sifat berkata kata atau dalam bahasa Arab dipanggil sifat hayat, sifat ilmu, sifat iradat, sifat qudrat , sifat samak, sifat basar dan sifat qalam. Kesemua tujuh sifat ini dinamakan sifat maani atau sifat yang memberi maana kepada wujud diri kita. Jika kita ada jasad tetapi takda sifat maani ini, maka jasad itu tidak akan boleh dipanggil manusia kerana tidak boleh membuat apa apa seperti patung saja. Apabila roh ditiup kan kedalam jasad, maka barulah jasad dapat di panggil manusia, kerana sebagai manusia ianya mesti hidup, tahu, berkehendak, berkuasa, mendengar, melihat dan boleh berkata kata. Roh ini juga adalah amanah Allah kepada kita kerana ianya berasal dari alam tinggi dan keadaanya pada asalnya adalah suci(fitrah). Jikalau roh yang diamanahkan kepada kita ini dikotorkan dengan noda dosa, maka ia tidak akan dapat balik ketempat asalnya melainkan dicuci dulu dengan semburan api yang panas bertahun tahun hinggalah bersih kembali(api neraka) sebelum ianya dapat kembali kealam tinggi(syurga). Jika ianya tidak dapat dicuci maka akan kekal lah roh ini didalam Neraka selama lamanya. Naudzubillah. Apakah noda dosa yang menyebabkan roh ini disiksa dineraka? Ia disiksa kerana dosa dosa saperti syirik, zindik, fasik dan munafik. Inilah yang dikatakan sifat sifat hawa nafsu Syaitan yang telah meresap kedalam roh yang pada asalnya itu suci bercahaya cahaya, sekarang telah menjadi kotor dan gelap kerana melakukan amalan Syaitan laknatullah dan bukan yang diajar Allah dan Rasulullah melalui Al Quran.
|
|
3 Comments
|
| |
|
Free Counter
Ya ALLAH,limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kpd cahaya bagi cahaya dan rahsia bagi segala rahsia.Luhurnya org yg mulia anak kunci bagi pintu kesenangan.Itulah penghulu kami Nabi Muhammmad S.A.W. yg terpilih dan kpd keluarganya yg suci dan para sahabat baginda yg mulia sebanyak nikmat ALLAH dan anugerahNya.
|